Bisnes & Ekonomi

Punca Mengapa Terdapat Banyak Start-Up Berpotensi Maju Tetapi Gagal

Sebuah syarikat, CB Insights yang melihat keseluruhan pelaburan swasta di dunia maya daripada proses tandatangan janji, penjanaan dana serta berita naik turun dunia start up ini telah berkongsi beberapa kes data mengapa beberapa startup yang telah mendapatkan dana pelaburan yang banyak telah gagal untuk berjaya.

Perkara ini boleh dijadikan pelajaran bagi sesiapa yang berkait dengan pasaran ekonomi baharu.

Ikuti kisah start up untuk mengetahui dan mempelajari punca mengapa mereka gagal untuk berjaya.

1. Pets.com

Startup yang terbit di awal tahun 2000 ini telah berjaya mengumpul dana sebanyak US$161juta tetapi mereka tidak berjaya untuk bangkit kerana berada terlalu jauh ke hadapan dalam penerimaan pasaran berkaitan transaksi di atas talian yang kini lebih dikenali sebagai e-dagang.

 

2. Powa Technologies

Sebuah syarikat pembayaran mudah alih juga telah mengumpul dana sebanyak US$227juta tetapi telah gagal teruk walaupun telah dijangka untuk bernilai US$2.7bilion.

Syarikat ini kehabisan wang dan jatuh bankrap pada tahun 2016 akibat daripada terlalu banyak menggunakan wang dalam pemasaran dan mencipta imej yang diperkirakan mampu mendorong kepada kejayaan syarikat tetapi ia telah gagal teruk.

 

3. Theranos

Theranos merupakan sebuah syarikat start up yang fokus kepada pemeriksaan darah. Dengan dana sebanyak US$500juta dan nilai kasar sebanyak US$9bilion, syarikat yang mendapat julukan “Makmal Edison” ini tidak berfungsi seperti yang dikatakan.

Syarikat ini seharusnya melakukan transformasi revolusi dalam kerjaya perubatan dengan harapan bahawa pemeriksaan darah di syarikat ini mampu melakukan ujian sebanyak 70 ujian berlainan dengan hanya setitis darah dari jari.

Kegagalan syarikat ini juga dilihat berlaku kerana kesalahan pemimpin mereka yang telah memesongkan pelanggan tentang produk mereka dan lebih teruk ialah memalsukan data pertumbuhan untuk menjustifikasikan penilaian syarikat mereka baik.

Apa yang lebih teruk ialah apabila pekerja mereka yang telah menyuarakan permasalahan kepada pihak atasan tidak diendahkan dan disuruh untuk meninggalkan syarikat tersebut jika terus mendesak.

Para pemegang saham utama pula memiliki 100 kali ganda kuasa mengundi berbanding yang lain untuk memastikan tiada siapa yang boleh menghalangnya.

 

4. Aereo

Sebuah start up berpangkalan di Amerika yang memiliki dana sebanyak US$97juta ini merupakan syarikat yang membekalkan akses penyiaran televisyen di telefon bimbit dan komputer pelanggan.

Walau bagaimanapun, perkhidmatan mereka telah gagal untuk mendapatkan pelanggan kerana Netflix telah mendapatkan majoriti pelanggan dan Aereo gagal untuk menonjolkan diri .

 

5. Beepi

Syarikat yang menerajui pasaran kereta terpakai ini merupakan sebuah cerita klasik di mana ianya merupakan idea yang baik di atas kertas tetapi gagal untuk dilaksanakan dengan sempurna.

Mereka yang berjaya mengumpul dana sebanyak US$148juta ini telah dinilaikan sebanyak US$557juta memiliki misi untuk mengubah bagaimana pasaran kereta terpakai berjalan dengan memberi solusi digital kepada pelanggan yang seharusnya menjadi lebih cepat, efisyen, boleh dipercayai dan mengurangkan kos untuk pelanggan.

Bunyi seperti sebuah perancangan yang sempurna tetapi mereka telah gagal untuk melaksanakannya kerana mereka telah melakukan pemasaran yang terlalu agresif dengan membuka cawangan dan perkhidmatan di terlalu banyak lokasi.

Beepi telah menghabiskan wang yang banyak tetapi perniagaan mereka tidak dapat bersaing dengan syarikat kereta terpakai yang konvensional menawarkan lebih banyak pilihan kereta.

 

6. Sprig

Sprig merupakan sebuah syarikat penghantaran makanan yang telah mengumpulkan dana sebanyak US$57juta tetapi syarikat ini gagal untuk mencari titik keseimbangan dalam harga pasaran – untuk produk-produk mereka iaitu harga tinggi untuk membuat duit dan harga rendah untuk mendapatkan pelanggan.

Ini merupakan contoh start up yang gagal untuk melihat skala ekonomi dalam produktiviti mereka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker