Teknologi

KaiOS – Sistem Operasi Terbaik Untuk Telefon Murah

Selain Android dan iOS, pernahkah anda terdengar tentang sistem operasi KaiOS?

Sebuah sistem operasi yang murah dibangunkan khusus untuk telefon berspesifikasi rendah dengan menggunakan antara muka seakan sistem operasi Symbian.

Ketika ini, KaiOS merupakan sistem operasi ketiga yang terkenal di dunia terutama di India dengan lebih 100 juta pengguna.

Mengapa KaiOS begitu terkenal?

KaiOS merupakan ‘web-based’ sistem operasi telefon pintar berdasarkan Linux yang dibangunkan oleh KaiOS Technologies Inc. pada 2016 setelah menyambung projek sistem operasi Mozilla, Firefox OS yang diberhentikan sekitar tahun yang sama.

 

Nokia 8110 4G dengan sistem operasi KaiOS

Ia merupakan sistem operasi yang ringan dan tidak menggunakan sumber perkakasan yang tinggi dan mampu berfungsi pada telefon dengan hanya menggunakan memori sebesar 256MB sahaja.

Antara telefon terkenal yang menggunakan sistem operasi ini termasuklah Nokia 8110 4G, Alcatel OneTouch Go Flip dan Reliance Jio Jiophone.

Pelbagai fungsi sebagai telefon alaf baru

Biarpun berupa seperti telefon versi lama dan menggunakan navigasi butang arah, KaiOS dilengkapi pelbagai teknologi terkini seperti sambungan 4G dan Wifi.

Ia juga menyokong beberapa aplikasi dan akaun yang terkenal seperti Twitter, Youtube, Facebook dan juga Whatapp.

KaiOS dilihat lebih pantas untuk melayari internet kerana tidak menggunakan sumber yang besar dan dipaparkan pada skrin yang minimal sahaja namun ia juga bergantung kepada keberatan laman web itu sendiri.

Google juga turut menyokong KaiOS dengan memberi akses kepada beberapa program Google seperti Maps dan Google Assistant.

Perkembangan KaiOS

Pada 2018, Google telah melabur sehingga US$22 juta manakala syarikat dari India, Reliance Jio turut melabur US$7 juta melihatkan potensi dan jumlah pengguna yang semakin berkembang.

Terbaru, KaiOS Technologies US$50 juta dari Cathay Innovation bagi KaiOS membangunkan lebih banyak aplikasi yang sesuai digunakan oleh pengguna zaman kini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button