Hiburan

Bakal Muncul Dengan Album Baru, Yuna Selit Elemen Melayu Dalam ‘Rouge’

Penyanyi Malaysia yang mencipta nama di Amerika Syarikat, Yuna bakal muncul dengan album keempatnya yang berjudul ‘Rouge’ pada 12 Julai depan.

Berita tersebut disampaikan Yuna atau nama sebenarnya Yunalis Zarai menerusi muat naik pada Instagram peribadinya.

Dalam entri tersebut, Yuna turut berkongsi kulit hadapan album di mana beliau memakai gaun merah dan mengenakan sanggul lintang pada kepalanya, sekali gus menyerlahkan lagi busana yang sememangya sudah sedia anggun.

Yuna juga turut meluahkan rasa terujanya untuk memasukkan sebuah lagu bahasa Malaysia yang bertajuk ‘Tiada Akhir’ dalam album antarabangsa terbabit.

Image result for yuna rouge album cover

Menerusi temu bualnya bersama stesen radio tempatan Yuna berkongsi maksud di sebalik nama album terbaharunya itu.

Jelas Yuna, ‘Rouge‘ bermaksud merah dalam Bahasa Perancis yang menandakan cinta, semangat dan kekuatan.

“Untuk album ini, saya inginkan ‘vibe’ rekod lama seperti tahun 80-an dan 90-an. Saya selalu mendengar lagu Janet Jackson, Paula Abdul dan Michael Jackson  semasa saya membesar.

“Album ini mempuyai vibe begitu tetapi tidak sama dan ia mempunyai tempo yang mengingatkan anda tentang sesuatu memori atau sesuatu dari masa lampau,” katanya dalam temu bual tersebut.

Isteri kepada pengarah video, Adam Sinclair itu turut mendedahkan bahawa beliau mengambil masa dua tahun untuk menyelesaikan album baharu ini.

‘Rouge’ akan menampilkan lagu hasil kolaborasi dengan nama-nama terkenal, termasuk G-Easy, Jay Park, Kyle dan Tyler, The Creator.

Selepas mengeluarkan single pertama berjudul “Forevermore”, Yuna turut muncul dengan single terbaharu berjudul “Blank Marquee” yang turut menampilkan kerjasamanya bersama penyanyi rap terkenal, G-Eazy.

Yuna juga telah mengumumkan konsert jelajahnya di  A.S. pada musim panas ini bersempena album Rouge. Konsert itu akan dilancarkan di Chicago pada 14 Julai dan menuju ke Washington, New York City, Boston dan Los Angeles sebelum perhentian terakhirnya di Oakland pada 2 Ogos.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Yuna di www.yunamusic.com

 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker