AntarabangsaIsu Semasa

Iran Ada Senjata Rahsia Untuk Tenggelamkan Kapal Perang A.S

Iran mampu menenggelamkan kapal perang A.S. yang dihantar ke rantau Teluk itu menggunakan peluru berpandu dan “senjata rahsia”, seorang pegawai kanan tentera Iran mendakwa.

Kenyataan itu dikeluarkan di tengah-tengah ketegangan AS-Iran yang semakin memburuk awal bulan ini, ketika Amerika Syarikat mengenakan lebih banyak sekatan anti Iran dan menghantar kapal senjata dilengkapi pengebom skuadron B-52 dan bateri peluru berpandu Patriot ke negara Timur Tengah itu.

Amerika Syarikat pada hari Jumaat mengumumkan penempatan 1,500 tentera ke Timur Tengah, menggambarkannya sebagai usaha untuk memperkuat pertahanan terhadap Iran.

A.S sebelum ini mendakwa pengawal Revolusi negara itu bertanggungjawab terhadap serangan kapal tangki negaranya pada bulan ini.

“Amerika .. menghantar dua kapal perang ke rantau ini, jika mereka melakukan apa-apa, kami akan menenggelamkan kapal-kapal ini ke dasar laut bersama-sama dengan kru dan pesawat mereka menggunakan dua peluru berpandu atau dua senjata rahsia baru,” kata General Morteza Qorbani, seorang penasihat kepada ketenteraan Iran.

Iran pula bertindak menggantung beberapa kewajipannya di bawah perjanjian nuklear Iran 2015, yang juga dikenali sebagai Pelan Tindakan Komprehensif Bersama (JCPOA).

Sementara itu, 76 jeneral, juruterbang dan duta besar AS yang telah bersara telah menandatangani surat terbuka kepada Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mendesaknya untuk tidak memulakan perang dengan Republik Islam itu.

Pakar-pakar Barat mengatakan Iran sering membesar-besarkan keupayaan senjatanya, walaupun terdapat kebimbangan tentang program peluru berpandunya dan khususnya peluru berpandu balistik jarak jauhnya.

Apa itu Perjanjian Nuklear Iran 2015 (JCPOA)?

Di bawah JCPOA, Iran bersetuju untuk mengurangkan simpanan stok uranium sebanyak 98%, dan mengurangkan kira-kira dua pertiga bilangan sentrifug gas selama 13 tahun.  Untuk 15 tahun akan datang, Iran hanya akan memperkayakan uranium sehingga 3.67%.

Iran juga bersetuju untuk tidak membina kemudahan air berat baru untuk tempoh masa yang sama. Aktiviti pengayaan uranium akan terhad kepada satu kemudahan menggunakan sentrifugal generasi pertama selama 10 tahun. Kemudahan lain akan ditukarkan untuk mengelakkan risiko pembuatan misil.

Untuk memantau dan mengesahkan pematuhan Iran terhadap perjanjian itu, Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) akan mendapat akses tetap ke semua kemudahan nuklear Iran.

Melalui perjanjian itu, Iran akan menerima pelepasan daripada sekatan berkaitan nuklear oleh Majlis Keselamatan A.S., Kesatuan Eropah dan PBB.

Namun demikian, ketegangan AS-Iran bermula pada Mei 2018 apabila Washington menarik diri dari JCPOA dan juga mengembalikan semula sekatan ke atas Republik Islam berkenaan.

Pada 8 Mei 2019 Iran mengumumkan keputusannya sendiri untuk menghentikan sebahagiannya kewajipannya di bawah perjanjian nuclear berkenaan.

Tehran memberi tempoh 60 hari untuk memastikan kepentingan Iran dilindungi di bawah perjanjian itu; jika tidak, Iran bersedia untuk mengambil langkah selanjutnya untuk membatalkan perjanjian itu.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button