Bisnes & Ekonomi

Cara Promosi Yang Harus Semua Syarikat Di Malaysia Lakukan

Mungkin anda pernah melalui sebuah booth promosi di dalam sebuah gedung membeli-belah dengan tawaran potongan harga yang sangat tidak masuk akal? Dalam akal logik anda, adakah orang bakal beli produk ini jika tiada tawaran promosi sedemikian dan anda pun meninggalkan sales promoter itu kerana gimik tawaran yang ‘pelik bin ajaib’ tersebut.

1. Hapuskan Gimik

Gimik PR sebegini sebenarnya merupakan taktik gimik tawaran pada tahun 1990-an di mana pelanggan akan tertarik dengan tawaran sebegitu tanpa berfikir panjang.

Walau bagaimanapun, taktik seperti ini sebenarnya sudah tidak lagi digunakan kerana lebih ramai tertarik dengan kualiti sesebuah jenama yang lebih tulen dan mengutamakan pelanggan mereka dahulu.

Jika ahli perniagaan fokus untuk melihat apakah kebaikan yang pelanggan akan dapat dari produk mereka, perkara baik lain akan datang menyusul.

Jangan lagi menggunakan taktik 90an yang bakal membuat pelanggan yang pada awalnya berpotensi untuk membeli tetapi melarikan diri.

Walaupun kebanyakan daripada orang Malaysia suka dengan diskaun tetapi sebagai peniaga kita juga harus bersikap realistik dan tidak perlulah sebarang gimik.

2. Jadilah diri anda sendiri

Dalam kepimpinan, sering disebut tentang menjadi diri anda sendiri seperti ianya hanya ditujukan untuk individu tetapi sebenarnya ia sangat penting dalam sesebuah organisasi juga.

Ini kerana kuasa pembeli sekarang terletak pada jenama yang mereka boleh percayai.

Jenama yang boleh dipercayai ini sedar pada dasarnya apabila mereka memuaskan hati pelanggan, perniagaan mereka akan mekar dengan sendiri.

Apabila para pelanggan dapat mengalami perasaan dihargai dan didengari dengan tambahan perhubungan yang ikhlas dan jujur, sudah pasti mereka akan menjadi pelanggan setia anda.

3. Ikhlas dalam perkhidmatan pelanggan

Di Malaysia banyak lagi ruang penambahbaikan dalam perkhidmatan pelanggan yang boleh dan perlu dilakukan tetapi ia sebenarnya hanya bermula dengan satu prinsip yang mudah tetapi efektif menurut Leaderonomics.

Iaitu dengan meletakkan pelanggan dalam senarai pertama anda!

Pakar berpendapat bahawa apabila syarikat ikhlas menangani pelanggan mereka dan bukan hanya sekadar berkata-kata, mereka akan mendapat ganjaran pelanggan yang setia datang dengan sendirinya.

 

Oleh itu berpeganglah kepada prinsip ikhlas dan jujur dalam memberi tawaran kepada pelanggan dan buanglah promosi menggunakan gimik tersebut. Yakinlah ia akan mendatangkan pelanggan yang lebih untuk syarikat anda.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button