Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Tahukah Anda Kelebihan Berkhatan?

Sempena cuti sekolah yang hampir tiba, ada beberapa ibu bapa telah datang dan bertanyakan tentang proses dan prosedur bersunat atau berkhatan ini. Untuk itu mari saya kongsikan kelebihan-kelebihan berkhatan ini.

Berkhatan untuk kanak-kanak lelaki muslim adalah diwajibkan. Bagi mereka yang bukan muslim pula, berkhatan menjadi salah satu isu kesihatan seksual yang hangat diperdebatkan terutama di dalam komuniti perubatan sejak zaman dahulu lagi.

Proses berkhatan melibatkan prosedur pembedahan kecil untuk membuang lebihan kulit di sekeliling kepala zakar. Proses ini kebiasaannya mengambil masa selama 30 hingga 40 minit dilakukan secara bius setempat.

Kelebihan Berkhatan

Berikut adalah beberapa kelebihan berkhatan:

• Bagi lelaki yang tidak berkhatan, terdapat ruang yang lembab dan gelap terperangkap di sekeliling kepala zakar dan kulit. Ini mewujudkan persekitaran yang ideal untuk bakteria membiak sekaligus meningkatkan risiko jangkitan kuman dan virus kepada individu tersebut dan juga kepada pasangan.

• Dengan membuang lebihan kulit hujung zakar, proses ini dapat memastikan persekitaran yang lembab dan gelap ini dapat dielakkan. Ini amat membantu untuk mencegah penyebaran penyakit-penyakit jangkitan seksual seperti HIV, sifilis dan herpes.

• Dengan berkhatan, anda bukan sahaja mengurangkan risiko jangkitan penyakit seksual untuk diri anda sendiri, tetapi juga pasangan anda.

• Secara jujurnya, sukar untuk memastikan zakar sentiasa berada dalam keadaan bersih sepanjang masa. Berkhatan memudahkan penjagaan zakar agar sentiasa bersih sekaligus memberikan anda lebih keyakinan.

• Sesetengah wanita lebih selesa bersama pasangan yang telah berkhatan atas faktor-faktor peribadi dan juga faktor kebersihan dan kesihatan seperti dibincangkan di atas.

• Berkhatan tidak menjejaskan fungsi serta keseronokan seksual seorang lelaki dan pasangan.

 

Untuk maklumat lanjut, anda boleh hubungi Dr. Khairul Izan Md Ghani di laman Facebooknya, Get Well By Doc K. 

* Dr Khairul Izan Md Ghani merupakan Pakar Bedah yang berpengalaman dalam bidang perubatan lebih daripada 13 tahun dan menjadi Pakar Bedah untuk lebih daripada 10 tahun. Beliau yang pernah berkhidmat di Hospital Kuala Lumpur, Hospital Putrajaya, Hospital Ampang dan Pusat Perubatan UKM ini juga merupakan mantan pensyarah perubatan, penulis dan konsultant di beberapa institusi di Kuala Lumpur. Pengalaman yang luas ini juga menyebabkan beliau sering dijemput untuk memberi ucaptama dalam seminar dan acara di dalam dan luar negara.
Kini beliau berkhidmat di Hospital Colombia Asia Petaling Jaya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker