Ibu dan Anak

4 Tips Untuk Ibu Yang Tidak Dapat Menyusu Badan

Menyusukan badan kepada anak kita merupakan sesuatu yang digalakkan oleh pakar namun mungkin tidak semua ibu mampu melakukan demikian.

Pakar juga mengatakan bahawa menjadi seorang ibubapa yang baik dan membesarkan anak dengan tauladan bukanlah semata-mata bergantung kepada susu ibu.

Bagi ibu yang mengalami dilema kerana tidak dapat menyusu badan, ini dia empat tips untuk anda mendapatkan semangat menjalani kehidupan sebagai ibu.

  1. Ambil masa untuk bersedih

Tidak mengapa untuk merasa sedih kerana tidak mampu menyusukan bayi anda tetapi janganlah sehingga berlarutan dan menyalahkan diri anda.

2. Luahkan perasaan

Bercakap dengan pakar dan luahkan perasaan anda kepada mereka. Jika anda tidak dapat bertemu pakai psikiatri, cubalah berbincang dengan suami, rakan baik ataupun ahli keluarga.

3. Sertai kumpulan sokongan dan kongsikan pengalaman anda

Sekarang ini terdapat pelbagai kumpulan sokongan di media sosial untuk anda sertai. Anda hanya perlu cari kumpulan yang berkongsi permasalahan yang sama dengan anda.

4. Kreatif semasa menyusukan bayi

Rapatkan bayi anda dengan diri anda dan pastikan mata anda menatapi mata anak semasa menyusukan mereka. Melalui langkah ini, ia akan menghasilkan kesan seolah-olah anda menyusukan badan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker