Ibu dan Anak

Hubungan Antara Gajet Dan Kanak-Kanak Yang Menunjukkan Simptom Autisme

Mana-mana pakar perkembangan kanak-kanak pasti akan menasihatkan ibubapa untuk mengurangkan pendedahan gajet kepada anak mereka.

Pakar perkembangan kanak-kanak, Dr Subhashini Jayanath berkata ramai ibubapa akan berkata mereka mendedahkan gajet kepada anak mereka sebaik sahaja mereka mampu untuk duduk iaitu di antara usia enam sehingga tujuh bulan.

 

Banyak Belajar Melalui Gajet Tetapi..

“Terdapat kesalahan konsep yang menyatakan kanak-kanak dapat mempelajari banyak perkara melalui gajet ini.

Ya, mereka akan banyak belajar tetapi mereka mungkin tidak dapat memahaminya dan hanya sekadar meniru apa yang mereka lihat. Kanak-kanak ini tidak mendapatkan interaksi dua hala yang didapati melalui interaksi bersama manusia,” jelas Dr. Subhashini.

 

Bila Masa Yang Sesuai Untuk Mendedahkan Bayi Kepada Gajet?

Dr. Subhashini berpendapat masa yang terbaik untuk memberi mereka pendedahan kepada gajet ialah setelah usia mereka lebih daripada 18 bulan.

Untuk bayi kurang daripada usia itu, seharusnya tidak mendapatkan sebarang pendedahan terhadap gajet.

 

Adakah Sebarang Kaitan Antara Gajet Dan Autisme?

Bagi Dr. Subhashini, gajet tidak mempengaruhi Gangguan Spektrum Autisme (ASD) tetapi terdapat sebahagian kanak-kanak yang mempamerkan ciri-ciri ASD dan berkelakuan seperti kanak-kanak autisme pada usia 18 bulan gara-gara gajet.

“Selalunya apabila kita mengurangkan waktu menonton gajet ini barulah akan kelihatan perbezaan terhadap kanak-kanak normal tiga sehingga empat bulan setelah itu,” jelas Dr. Subhashini.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker