Bisnes & Ekonomi

CapitalBay Melancarkan Platform P2P Untuk Memberikan Rangkaian Bekalan Kewangan Kepada Perniagaan

CapitalBay, suatu platform Rangkaian Bekalan Kewangan Pelbagai Bank yang memenangi pelbagai anugerah, telah menerima kelulusan daripada Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) untuk mengoperasi platform pembiayaan peer-to-peer (P2P).

CapitalBay menerima lesen P2P tersebut hari ini dalam majlis yang dianjurkan oleh Pengerusi SC, Ybhg Datuk Syed Zaid Albar dan dihadiri oleh Menteri Kewangan, YB Tuan Lim Guan Eng.

CapitalBay yang ditubuhkan pada tahun 2016 ini telah berkerjasama dengan pelbagai bank di Asia Tenggara  sejak pertubuhannya untuk menawarkan kemudahan rangkaian bekalan kewangan secara digital kepada pelanggan-pelanggan.

Dengan kelulusan P2P ini, pelabur-pelabur runcit kini juga boleh mengakses platform CapitalBay dan mengambil bahagian dalam pembiayaan berkualiti tinggi yang sebelum ini hanya terbuka kepada bank dan institusi.

Melalui inisiatif ini, pelabur-pelabur runcit boleh melabur bersama-sama dengan bank. Ini sejajar dengan wawasan baru Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memastikan rakyat dan negara menikmati “Kemakmuran Bersama”.

Pembiayaan Pembayaran Bisnes Melalui Rangkaian Bekalan Kewangan

CapitalBay mengkhusus dalam pembiayaan modal kerja jangka pendek. Ia menawari produk seperti pembiayaan invois kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) merentasi pelbagai industri.

Pembekal-pembekal B2B boleh mendapat bayaran yang lebih awal bagi invois yang masih tertunggak melalui penjualan invois kepada CapitalBay.

Untuk pembeli B2B, CapitalBay menyediakan penyelesaian pembayaran seperti penangguhan tarikh pembayaran dengan program pembiayaan awal kepada pembekal mereka dahulu.

Sejak mula beroperasi di suku ke- 4 tahun 2017, CapitalBay telah membiayai sebanyak RM75 juta melalui 1,300 B2B transaksi.

Aliran tunai merupakan garis hayat untuk perniagaan. Setakat ini, banyak perniagaan kecil masih bergelut dengan isu aliran tunai dan struktur pinjaman tradisional tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

Kami percaya bahawa dengan menyingkatkan kitaran penukaran tunai untuk perniagaan, ia boleh melegakan aliran tunai dan mengembangkan perniagaan mereka. Ini merupakan asas dan dasar penubuhan CapitalBay” kata Ang Xing Xian.

Menyokong Perniagaan Sambil Memperolehi Pulangan Tinggi

Dengan kelulusan P2P, kami ingin mengajak pelabur-pelabur untuk menyertai kami dalam misi untuk memberi pembiayaan pintar dan inklusif kepada perniagaan-perniagaan di seluruh Asia Tenggara.

Ini akan membolehkan perniagaan untuk mengembang, dan akhirnya meningkatkan taraf hidup pemilik perniagaan, pekerja-pekerja dan komuniti yang kami menduduki.” kata Ang.

CapitalBay turut berkata bahawa pelabur-pelabur boleh menjangka pulangan tahunan sebanyak dua digit sehingga mencecah 18%.

Tambahan pula, produk pembayaran pembiayaan perniagaannya mempunyai tempoh yang lebih pendek (lazimnya 2 bulan). Ini memberi lebih banyak fleksibiliti dengan risiko yang lebih rendah.

Menurut CapitalBay, para pelabur boleh berasa lebih yakin kerana kebanyakan pembiayaannya disokong oleh invois yang kena dibayar oleh institusi institusi yang mempunyai kredibiliti yang tinggi dan risiko lalai yang rendah seperti syarikat multinasional (MNC), syarikat cip biru dan syarikat berkaitan kerajaan.

Sifar Lalai sejak pelancaran dengan pemarkahan risiko proprietary

Secara tradisional, proses penilaian kredit bank adalah berdasarkan saiz transaksi yang besar di mana penekanan diberi terhadap penyata kewangan dan jaminan perniagaan.

Ini menyebabkan kadar penolakan yang tinggi bagi perusahaan kecil dan sederhana yang memerlukan saiz pinjaman yang lebih kecil dan tempoh pembiayaan yang lebih pendek.

Dari sudut pandangan bank, saiz dan tempoh pinjaman ini tidak berdaya maju dari segi komersial.

CapitalBay menggunakan teknologi canggih untuk membina model pemarkahan risiko unik yang boleh menilai risiko setiap transaksi melalui pembelajaran mesin (machine learning).

Ini membuka peluang pembiayaan kepada perusahaan kecil dan sederhana yang sebelum ini susah untuk mendapatkan pinjaman. Sejak pelancaran, dengan pendekatan pacuan data, CapitalBay dapat mengekalkan kadar lalai pada 0%.

CapitalBay dianugerahi “The Best Fintech Platform for Supply Chain in Asia Pacific” dan “The Best Financial Supply Chain Management in Malaysia” oleh The Asian Banker pada May 2018 di Beijing, bersama dengan penerima-penerima anugerah lain seperti bank global dan pemimpin- pemimpin seperti Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.

Ia ditubuhkan dengan tujuan untuk membantu lebih ramai perusahaan kecil dan sederhana bagi mengembangkan perniagaan dan mengakses aliran tunai yang terperangkap dalam rangkaian bekalan mereka melalui penawaran pembiayaan.

Ia juga telah menerima geran pembangunan daripada Cradle Fund Sdn Bhd (sebuah subsidiari daripada Menteri Kewangan Malaysia). 

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button