Bisnes & Ekonomi

Tips Bagaimana Bertahan Menjadi Restoran Kegemaran Orang Malaysia Oleh Pemilik Ben’s

Sejak kecil pemilik restoran Ben’s ini membesar di dalam keluarga yang suka memasak dan melalui ini juga ia telah membawa keluarga mereka lebih rapat.

Benjamin Yong. Sumber Imej: malaymail.com

Benjamin Yong mengakui bahawa dapur merupakan taman permainan kedua untuk dirinya dan sangat beruntung kerana didedahkan tentang makanan daripada pelbagai budaya sejak kecil lagi.

Sebagai Ketua Pegawai Eksekutif The BIG Group, beliau juga mengakui bahawa ia bukanlah suatu tugasan yang mudah untuk menangani 24 cawangan dengan 11 jenama berbeza.

“Semasa saya mulakan perniagaan saya belum berkahwin. Kini saya harus sering mengingatkan diri saya bahawa saya mempunyai isteri dan anak-anak di rumah dan saya perlu bersama mereka terutamanya apabila anak saya membesar dengan sangat cepat.

Namun, sejak kebelakangan ini keadaan menjadi terbalik kerana saya lebih seronok meluangkan masa dengan mereka sehingga adakalanya saya fikir, sudah tiba masanya untuk saya kembali bekerja,” kata Benjamin sambil tersenyum.

Beliau yang berkongsi dengan AWANIReview tentang perjalanan kerjayanya dalam bidang pemakanan ini sebenarnya adalah secara kebetulan.

 

Perniagaan Kebetulan Tetapi Mendatangkan Hasil Lumayan

“Setelah saya tamat pengajian di Australia, saya pulang ke Malaysia dan telah melakukan kerja pemasaran dan pengoperasian untuk ibu saya yang memiliki jenama Ms. Read – sebuah rangkaian jenama pakaian untuk wanita.

Sebelum itu saya sukakan budaya kafe semasa tinggal diluar negara dan sangat teruja untuk memulakannya sendiri tetapi tidak tahu dan tidak memahami satu perkara tentang perniagaan pemakanan.

Saya melakukan banyak kesalahan pada awalnya. Ianya seperti memulakan perniagaan menggunakan panduan  orang bodoh (idiot) dalam membuka kafe pertama,”cerita Benjamin sambil tertawa.

 

Daripada Restoran Ke Pasaraya

Sumber Imej : crappyblogger.com

Pada tahun 2011, Benjamin telah mengembangkan idea daripada sebuah kafe dan mendirikan pasarayanya sendiri bernama Ben’s Independent Grocer (B.I.G).

“B.I.G. pada awalnya bukanlah sebahagian dari rancangan perniagaan saya tetapi ia merupakan hanya angan-angan yang telah menjadi realiti. Ia muncul pada waktu dan peluang tepat,” kenang Benjamin.

Dia yang merasakan dirinya beruntung untuk membina sebuah pasaraya yang besar dengan pengalaman yang kecil berkata ia memang menunggu masa untuk pasaraya tersebut berkembang maju sehingga pengoperasi perniagaan yang tepat mengambil alih.

Tepat pada masanya, B.I.G. telah dijual kepada pesaing mereka, Village Grocer supaya syarikat Benjamin dapat fokus memperluaskan lagi perniagaan makan dan minum miliknya.

 

Lebih Fokus Terhadap Perniagaan Makan & Minum

Antara perniagaan makan dan minum miliknya sekarang ialah Ben’s, Plan B. Bakar, Italian Bella dan juga perniagaan katering bernama Benquet.

“Bagi saya ia adalah dengan melihat peluang yang ada diluar sana. Kebanyakan perkara yang selalu saya lakukan ialah untuk fokus terhadap mengembangkan jenama.

Apabila saya menggunakan ‘mengembangkan’, ini tidak bermaksud mendominasi dunia tetapi ia lebih kepada mencari lokasi yang tepat dan perlahan-lahan membangun secara organik.

Waktu berjalan dengan sangat cepat dan jika anda mengalihkan mata sedikit, anda mungkin akan disingkirkan daripada perniagaan,” tambah Benjamin.

 

Tips Bagaimana Bertahan Menjadi Restoran Kegemaran Orang Malaysia

Walaupun terdapat banyak restoran muncul dalam pasaran, restoran milik Benjamin tetapi mampu bertahan dan menjadi antara restoran kegemaran orang Malaysia.

Bagi Benjamin, kuncinya ialah untuk konsisten melihat model perniagaan dan keadaan restoran.

Selain itu ialah keperluan memahami kehendak pelanggan dan menghasilkan sesuatu yang releven melaluinya.

Beliau yang sentiasa mengelak dari mengikut trend ini berkata ianya sebuah model perniagaan yang bahaya jika hanya mengikut trend.

Secara dalaman pula, beliau sentiasa melakukan audit peribadi untuk memastikan kualiti makanannya berada pada tahap yang sempurna.

“Saya mempunyai isu tentang konsistensi dan saya rasa markah untuk lulus konsistensi ini tidak boleh kurang daripada 90 peratus. Apa sahaja dibawah 90% dianggap sebagai tidak baik.

Walau bagaimanapun semuanya merupakan kerja dalam progress dan kami sentiasa berkomunikasi dengan pasukan kami untuk melihat bagaimana kami boleh menggalakkan lagi konsistensi kami.

 

Pekerja Merupakan Kunci Utama Kejayaan

Menurut Benjamin, perkara yang paling sukar dalam industri makanan ini ialah untuk memastikan pekerjanya gembira kerana ia merupakan dasar untuk menjadi sebuah restoran itu berjaya.

“Ia sangat sukar untuk mendapatkan pekerja yang boleh bersama dengan syarikat dan menyukai apa yang mereka lakukan dan tidak melihatnya hanya sebagai sekadar pekerjaan.

Saya sering berkata kepada pasukan saya, jika anda menganggap perniagaan ini seperti kepunyaan anda, anda pasti akan menjaga perniagaan ini dengan baik dan oleh itu perniagaan ini akan berkembang maju.

Apabila perniagaan ini berkembang maju, ia juga akan menjaga anda sebagai balasan.

Saya rasa ia hanya akan menjadi jika mereka memiliki perasaan sebagai pemilik, apabila mereka memiliki perasaan tersebut seperti mereka melakukannya bukan hanya sekadar untuk dapatkan gaji tetapi mereka akan melakukannya untuk diri mereka sendiri,” nasihat Benjamin.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker