Teknologi

5 ‘Telefon Raya’ Menarik Sekitar RM1,500

Baru-baru ini kita lihat terdapat pelbagai telefon pintar dilancarkan dengan bermacam spesifikasi dan ciri-ciri yang unik seperti telefon dengan pelbagai lensa sehinggalah ke skrin boleh lipat.

Tidak kurang juga binaan pada telefon pertengahan yang memiliki ciri-ciri dan fungsi seakan telefon ‘flagship’.

Jadi, kami senaraikan 5 telefon pintar di bawah RM1,500 yang mungkin boleh menjadi ‘telefon raya’ anda.

 

Xiaomi Mi 8

Telefon yang dilancarkan pada Jun 2018 ini dikatakan mempunyai rekaan seakan iPhone X dengan kedudukan lensa secara menegak dan ‘notch’ yang agak lebar. Walaupun model ini mempunyai kamera 12 megapixel, namun ia memberikan imej yang baik dengan warna yang asli.

Ciri menarik: rekaan seakaan iPhone, kamera 12MP yang baik, boleh merekod video 1080p pada 30fps hingga 240fps

Spesifikasi penuh klik sini

Harga pasaran: RM1,799 (harga diskaun kedai atas talian sekitar RM,1499)

 

Samsung Galaxy A9 (2018)

Model yang diperbaharui, Samsung Galaxy A9 mengekalkan rekaan ‘old-school’ Samsung yang minimalis. Menarik tentang telefon ini, ia hadir dengan 4 lensa pelbagai guna iaitu: lensa normal 24MP, lensa telephoto 10MP, ultra wide lense 8MP, dan lensa bokeh 5MP.

Ciri menarik: kamera dengan 4 lensa

Spesifikasi penuh klik sini

Harga pasaran: RM1,999 (harga diskaun kedai atas talian sekitar RM,1499)

 

Vivo V15 Pro

Antara model rekaan Vivo terbaru yang dibina tanpa ‘notch’ dengan rekaan belakang yang menarik. Ia turut dibina dengan kamera ‘selfie’ 32 megapixel tersembunyi bermotor. Pada harga sekitar RM1,499, ia turut dibekalkan dengan storan 128GB.

Ciri menarik: kamera tersembunyi, rekaan yang menarik, butang unlock tersembunyi pada skrin

Spesifikasi penuh klik sini

Harga pasaran: RM1,499

 

Oppo F11 Pro

Telefon yang dilihat seakan-akan mempunyai persamaan dengan Vivo V15 Pro, namun masih mempunyai ciri-ciri tersendiri yang lebih menarik. Harga yang sedikit murah namun dibekalkan dengan 64GB storan dan 6 GB RAM dilihat sangat berbaloi.

Ciri menarik: kamera tersembunyi, pengecasan pantas VOOC, terdapat edisi terhad ‘The Avengers: End Game’ – sementara stok masih ada

Spesifikasi penuh klik sini

Harga pasaran: RM1,299 (edisi Avengers: RM1,399)

 

Huawei Nova 3

Telefon ini mempunyai binaan yang seimbang dengan rekaan yang menarik, dual lensa normal dan bokeh, 128GB storan, 6GB RAM, Chipset Hisilicon Kirin dan port USB-C. Telefon ini juga mempunyai keupayaan mengambil gambar pada imej yang dilihat asli dengan warna yang seimbang.

Ciri menarik: rekaan warna, kamera yang baik

Spesifikasi penuh klik sini

Harga pasaran: RM1,899 harga diskaun kedai atas talian sekitar RM,1499)

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker