Hiburan

Robert Pattinson Ganti Ben Affleck Sebagai Batman

Pelakon filem yang popular dengan filem sekuel Twilight, Robert Pattinson dikhabarkan bakal memegang watak Batman.

Menurut portal hiburan Variety, Pattinson bakal melakonkan watak berkenaan dalam satu filem gubahan semula (reboot) Batman yang diarahkan oleh Matt Reeves.

Portal itu juga mendedahkan bahawa Robert Pattinson telah menandatangani perjanjian untuk melakonkan watak itu dan menggantikan Ben Affleck yang juga telah menarik diri disebabkan isu peribadi dan isu belakang tabir yang melibatkan syarikat DC Comics.

Pengarah Matt Reeves telah menulis skrip filem berkenaan yang memfokuskan kepada kehidupan awal Bruce Wayne sebelum menjadi Batman.

Pattinson juga dikatakan bakal memulakan penggambaran filem terbitan Warner Bros yang diarahkan oleh Christopher Nolan dan akan bergandingan dengan pelakon John David Washington yang dijangka ditayangkan pada 17 Julai 2020.

Selain itu, Pattinson juga mempunyai empat filem yang bakal ditayangkan pada tahun ini antaranya High Life, The Lighthouse, The King dan Waiting for the Barbarians.

Batman dijadual diterbitkan pada 25 Jun 2021. Bagaimanapun, tarikh mula penggambaran itu masih belum dinyatakan.

Dalam pada itu, ramai peminat Ben Affleck kecewa apabila pelakon itu mengambil keputusan untuk tidak lagi melakonkan watak Bruce Wayne / Batman di DCEU.

Ramai berpendapat bahawa Ben Affleck sepatutnya terus memainkan watak Batman, tetapi Warner Bros. dan DC menganggap watak itu memerlukan reboot dengan seorang pelakon yang lebih muda. Selepas mengumumkan filem Batman baru, Ben Affleck meninggalkan projek itu dan Matt Reeves mengambil alih.

Butiran plot untuk filem Batman Matt Reeves masih belum diketahui walaupun projek itu telah dikhabarkan akan memberi fokus ketika Batman muda menangani musuh seperti The Penguin dan Catwoman.

Walaupun Warner Bros telah mengumumkan untuk memulakan semula watak itu, Matt Reeves mengesahkan bahawa filemnya tidak akan mengikut plot komik Frank Miller.

Filem ini adalah salah satu daripada banyak projek yang sedang dibangunkan oleh Warner Bros. dan DC. Antara filem lain yang sedang dirancang ialah Flash, Green Lantern Corps, The Suicide Squad, Aquaman 2, The Trench, Black Adam, Supergirl, Plastic Man dan New Gods.

Apa pendapat anda tentang Robert Pattinson menggantikan Ben Affleck sebagai Batman?

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button