AntarabangsaIsu Semasa

Beberapa Negara Teluk ‘Luluskan’ Permohonan AS Untuk Hantar Tentera Di Perairan Teluk Arab

Amerka Syarikat (AS) merancang untuk mengerahkan pasukan tenteranya di perairan Teluk Arab dan di beberapa negara dalam Majlis Kerjasama Negara-Negara Teluk (GCC).

Memetik laporan Arab News, beberapa sumber diplomatik Arab menyatakan bahawa permohonan AS untuk melaksanakan ramcangan itu telah diluluskan oleh beberapa negara anggota GCC termasuk Arab Saudi.

Tujuan utamanya langkah tersebut adalah dilaporkan adalah bagi membolehkan Washington dan negara-negara Teluk untuk bekerjasama dalam menghalang sebarang serangan atau ancaman ketenteraan dari Iraq terhadap negara-negara jiran atau kepentingan AS di rantau itu.

Difahamkan, keadaan menjadi semakin tegang berikutan serangan ke atas saluran paip minyak Arab Saudi dan beberapa kapal kargo di Teluk Arab di kawasan pantai Fujairah di Emiriah Arab Bersatu (UAE) pada minggu ini.

Jelas sumber, beberapa negara Arab juga merancancang untuk mengadakan sebuah lagi sidang kemuncak di samping sidang kemuncak Islamik yang dijadualkan untuk berlangsung pada 10 hari terakhir dalam bulan Ramadhan.

Tambahnya lagi, negara-negara yang terlibat juga “bersatu dengan prinsip dan visi yang konsisten dengan pembangunan serantau dan antarabangsa.”

Dalam pada itu, ketegangan di antara AS dan Iran juga semakin meningkat kerana tentera AS telah menghantar jentera-jenteranya, termasuk sebuah kapal pengangkut pesawat dan pesawat pengebom B-52 ke Timur Tengah.

Presiden Donald Trump berkata, langkah itu diambil sebagai tindak balas terhadap “isyarat” ancaman yang jelas dari Iran ke atas tentera AS di sana.

Pasukan elit Iran, Pengawal Revolusi juga mendakwa bahawa AS telah memulakan ‘perang psikologi’ di Timur Tengah.

Pada minggu lepas, Presiden Iran Hassan Rouhani dalam satu kenyataan menegaskan bahawa negaranya tidak akan tunduk kepada tekanan politik dan ekonomi yang dilakukan oleh AS.

Tegasnya,  tindakan “menyerah kalah” tidak sesuai dengan budaya dan agama di Iran, malah tidak dapat diterima oleh rakyat negara itu.

“Oleh itu, kita tidak boleh menyerah kalah dan kita perlu mencari penyelesaian,” menurut kenyataan yang diterbitkan di laman sesawang pejabat beliau.

Iran juga dilaporkan akan mula menarik diri daripada aspek-aspek utama perjanjian nuklear 2015, namun masih terbuka untuk membatalkan hasrat itu sekiranya kuasa-kuasa besar dunia berjanji untuk menarik semula sekatan yang telah dikenakan ke atasnya dengan segera.

Sumber: Arab News, Bloomberg

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker