AntarabangsaIsu Semasa

China “Tidak Berminat” Untuk Teruskan Rundingan Perdagangan Bersama AS Buat Masa Ini

China dilaporkan mungkin tidak berminat untuk meneruskan rundingan perdagangan bersama Amerika Syarikat (AS) buat masa ini kerana langkah terbaru Presiden Donald Trump yang dilihat ‘kurang ikhlas’.

Menurut satu artikel yang diterbitkan di Taoran Notes, sebuah blog WeChat yang dikendalikan oleh media tempatan milik kerajaan China, Economic Daily, sekiranya AS tidak mengambil sebarang langkah baru yang benar-benar menunjukkan keikhlasannya, maka kedatangan pegawai-pegawainya ke China untuk rundingan dagangan tidak akan “membawa makna”.

Artikel tersebut kemudian turut disiarkan oleh dua lagiĀ  agensi berita milik kerajaan, Xinhua News Agency dan People’s Daily, yang merupakan platform suara Parti Komunis.

Tegas artikel itu, AS telah meluahkan hasrat untuk meneruskan rundingan, namun pada masa yang sama ia turut “memainkan helah kecil untuk mengganggu keadaan,” merujuk kepada tindakan Trump menyekat gergasi telekomunikasi China, Huawei Technologies.

“Kita tidak boleh lihat sebarang keikhlasan yang kukuh dalam membawa rundingan itu ke hadapan. Sebaliknya, ia mengembangkan tekanan yang lebih ekstrem.

“AS mengabaikan kehendak rakyat China, dan ia mungkin tidak akan mendapat respon efektif daripada pihak China,” katanya.

Artikel berkenaan turut mengulangi penyingkiran tarif, pelan pembelian dan perjanjian yang seimbang berikutan pendedahan tiga kebimbangan utama China, yang dijelaskan oleh Naib Perdana Menteri China, Liu He.

“Tambahan lagi, sesiapa yang berfikir bahawa pihak China hanya menipu, itu akan menjadi salah faham yang paling besar sejak (Perang Korea),” jelas artikel itu.

Sementara itu, bekas pegawai kementerian perdagangan dan diplomat China, Zhou Xiaoming berkata, sekiranya AS tidak membuat sebarang konsesi dalam isu-isu penting, maka kurang keperluan bagi China untuk meneruskan rundingan dagangan tersebut.

“Pendirian China telah menjadi semakin teguh dan ia tidak berada dalam keadaan tergesa-gesa untuk mencapai perjanjian,” ujar beliau.

Dalam pada itu, Taoran Notes yang mula diwujudkan pada penghujung Ogos 2015, pada asalnya menerbitkan artikel meliputi pelbagai topik, daripada ulasan buku sehingga komentari berkenaan dasar Rizab Persekutuan.

Tetapi sejak Oktober 2018, ia secara eksklusif mengikuti perkembangan rundingan dagangan di antara AS dan China.

Sumber: Bloomberg Reuters

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker