Bisnes & Ekonomi

7 Cerita Yang Harus Diceritakan Seorang Jurujual Untuk Berjaya

Terdapat satu pendapat yang mengatakan bahawa jurujual terbaik ialah yang pandai bercerita. Namun, ia selalunya sebuah kemahiran yang ada tanpa disedari.

Sebagai seorang jurujual yang biasa, anda boleh mempelajari cara menyampaikan sesuatu cerita untuk menjadikan diri anda lebih baik dari cara penyampaian.

Ini merupakan tujuh cerita mengikut aliran untuk seorang jurujual menarik perhatian pembeli dan mengikuti perjalanan mereka.

#Tips: Selalu ikhlas dan terbuka dalam berkongsi informasi.

1. Cerita Peribadi

Cerita ini perlulah menjelaskan siapa diri anda dan mengapa anda lakukan apa yang sedang anda lakukan sekarang.

Ini boleh memberi anggapan kepada pelanggan anda bahawa anda memiliki peribadi yang boleh dipercayai. Ia bukanlah sebuah cerita untuk menunjukkan kehebatan diri tetapi untuk menunjukkan kerendahan diri.

Cerita peribadi anda perlu diakhiri dengan,”Bagaimana pula dengan anda? Bagaimana anda berada di tempat anda berada sekarang?”.

Dengan perkongsian cerita ini ia akan mengarah ke sebuah hubungan perniagaan yang lebih membuahkan hasil.

2. Cerita Staff Bertanggungjawab

Sebagai seorang jurujual, anda boleh memperkenalkan pelanggan anda untuk percayakan orang lain di dalam syarikat jika mereka boleh menceritakan hal peribadi mereka sendiri seperti anda.

Cerita tentang pekerja lain ini juga akan meningkatkan kredibiliti syarikat dan menyelesaikan masalah biasa bagi seorang jurujual, iaitu terlalu terlibat di dalam aktiviti setelah transaksi perniagaan berlaku.

Dengan memberi galakkan kepada pelanggan untuk juga percayakan kaakitangan lain yang boleh memberi servis yang baik, seorang jurujual boleh menjalankan tugas hakiki mereka semula iaitu menjual dan mendapatkan pelanggan seterusnya.

3. Cerita Syarikat

Kebanyakan syarikat membuat dakwaan yang sama tentang produk dan perkhidmatan mereka dengan pesaing-pesaing mereka yang lain. Tetapi syarikat anda haruslah memiliki kisah yang unik.

Bagaimana syarikat anda berjaya dan menepis kegagalan? Itu adalah sebuah kisah yang pasti menarik perhatian.

Apabila jurujual anda dapat menceritakan kisah disebalik sebuah syarikat, mereka akan melihat anda sebagai sesuatu yang menarik, istimewa dan mudah diingat.

4. Cerita Potensi Pelanggan

Jika anda memiliki pengetahuan tentang perniagaan atau pasaran, anda harus berkongsi dengan pelanggan walaupun mereka mungkin tidak mahu mendengarnya kerana melalui cerita ini mereka boleh ketahui potensi mereka dan mendengar kata anda sebagai seorang jurujual. Setelah itu mereka akan dapatkan lebih banyak informasi tentang produk melalui anda.

5. Cerita Kejayaan

Jika anda sudah berada dalam dunia perniagaan untuk suatu masa, anda sudah pasti mendapatkan pelanggan yang pernah membeli dari anda.

Walau bagaimanapun, sebagai jurujual anda sering lupa untuk menceritakan kejayaan anda melalui perspektif pelanggan yang berpuas hati.

Apabila anda dapat menyampaikan kisah kejayaan anda dengan baik, pelanggan baru akan berpotensi untuk mahu mencuba produk dan perkhidmatan yang anda sampaikan.

6. Cerita Bernilai

Apabila sebuah jawatankuasa sedang berbincang untuk membeli barangan dari anda, mereka sudah pasti risau tentang risiko yang mungkin berlaku.

Contoh risiko yang dirisaukan ialah, ‘Adakah syarikat anda akan memberi perkhidmatan yang baik setelah menandatangani perjanjian?’, ‘Adakah syarikat anda beretika?’, ‘Bagaimana pekerja lain yang bakal mereka berinteraksi kelak? Adakah ianya baik juga?’.

Oleh yang demikian, sifat utama dalam syarikat ialah ketua yang memiliki cerita bernilai yang boleh dikongsikan. Sebagai ketua, mereka inilah yang mencorakkan keadaan genting setelah berlakunya pembelian/transaksi.

7. Cerita Mengajar

Terdapat sebuah kata-kata pujangga yang menyatakan, “anda perlu mengajar pelanggan cara membeli dan anda juga perlu mengajar mereka cara menjual.”

Mengajar mereka ‘cara membeli’ ialah bermakna bantu pelanggan untuk mengetahui kepentingan membeli produk dan perkhidmatan anda. Manakala ‘cara menjual’ pula membawa maksud bantu pelanggan menangani masalah untuk membuat keputusan.

Show More

Related Articles

Back to top button