AntarabangsaIsu Semasa

“Militan IS Memiliki Aset Bernilai Puluhan Juta Dolar” – Pakar

Ketika sambutan Easter ada bulan April lalu, militan IS telah melancarkan serangan bom berani mati di Sri Lanka dan menyebabkan sekurang-kurangnya 290 orang mangsa terkorban, manakala 500 lagi cedera.

Kawasan-kawasan yang terkesan termasuk Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel, dan Gereja St Barnabas.

IS turut menerbitkan sebuah video yang menunjukkan lapan orang lelaki yang dipercayai menjadi dalang di sebalik serangan itu, bersumpah taat setia terhadap kumpulan tersebut.
Menurut penganalisis anti-keganasan, Bruce Hoffman dari Council on Foreign Relations, serangan di Sri Lanka itu menandakan peningkatan keupayaan organisasi dan logistik bagi mana-mana kumpulan ekstremis.

RATUSAN PEJUANG IS BERJAYA LARI DARI SYRIA

Wartawan antarabangsa kanan CNN, Ben Wedeman yang membuat liputan di Baghouz di utara Syria selama hampir dua bulan tidak menolak kemungkinan bahawa ratusan militan berjaya melarikan diri dan meneruskan perjuangan mereka.

“Saya rasa tiada sebarang keraguan bahawa ramai militan – ratusan – berjaya melarikan diri untuk meneruskan perjuangan.

“Ketika Syrian Democratic Forces (SDF) menakluk Baghouz (daripada cengkaman militan), terdapat beberapa peluang untuk melarikan diri.

“Jumlah pejuang SDF adalah agak kecil dan kawasan yang mereka perlu kawal adalah besar,” kata Wedeman.

Dalam pada itu, masih terdapat ramai pejuang IS yang dipercayai berada di “bawah tanah” di Iraq dan Syria.

Pada bulan Januari, sebuah sel pengganas IS dilaporkan ‘berjaya’ melancarkan serangan berani mati yang meragut nyawa sekurang-kurangnya 14 orang, termasuk 4 warga Amerika Syarikat (AS) di Manbij, utara Syria.

Beberapa minggu lalu pula, IS melancarkan serangan hendap ke atas sebuah kampung di Syria yang dikenali sebagai “al Kawm,” di padang pasir berhampiran Palmyra.

Aimen Dean, bekas anggota al-Qaeda yang kini bekerja bersama perisikan British menganggarkan bahawa masih terdapat kira-kira 5,000 anggota IS yang berada di kawasan berkenaan.

SEKURANG-KURANGNYA 50% PEJUANG IS TERSELAMAT

IS telah kehilangan pengaruh serta kubu kuat mereka di Syria dan Iraq susulan pelbagai operasi ketenteraan yang dilancarkan oleh kerajaan.

Bercakap tentang pejuang-pejuang asing IS, Edmunt Fitton-Brown, penyelaras Pasukan Pemantau ISIS/al-Qaeda/Taliban di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berkata:

“Kami tidak tahu berapa ramai yang sudah terkorban. Tetapi kita boleh menganggarkan bahawa sekurang-kurangnya 50% terselamat. (Namun), anggaran peribadi saya adalah lebih.”

Berasarkan sumber perisikan, sesetengah pejuang IS berjaya melarikan diri menerusi Iran ke wilayah Balochistan, Pakistan dan juga Afghanistan.

Propaganda pengganas itu juga melihat India sebagai wilayah potensi untuk ditakluk, di mana mereka dikatakan berhasrat untuk mencetuskan ketegangan di antara penganut Islam dan Hindu di sana.

Sementara itu, pejuang-pejuang IS lain dilaporkan telah pulang ke tanah air asal mereka termasuk di Jordan, Arab Saudi, serta beberapa negara Asia Tenggara.

“Indonesia, Malaysia, Mesir, Arab Saudi, dan Jordan: ini adalah negara-negara yang akan diancam oleh pejuang-pejuang yang kembali,” kata Aiman Dean.

IS BELUM HAPUS SEPENUHNYA

Walaupun Presiden AS Donald Trump berkata pihaknya telah berjaya menakluk IS secara 100%, kumpulan itu masih tidak musnah sepenuhnya.

Kepimpinan IS dikatakan sudah lama membuat persediaan untuk menghadapi ‘fasa’ ini.

Memetik laporan CNN, jurucakap IS, Abu Mohammed al-Adnani (sebelum terbunuh akibat serangan dron) berkata bahawa kehilangan wilayah tidak menandakan pengakhiran kumpulannya itu.

“Tidak: kekalahan bermakna kehilangan semangat dan keinginan untuk berjuang,” katanya.

HARTA YANG LUMAYAN

Fitton-Brown mendedahkan bahawa pengganas IS mempunyai aset bernilai di antara AS$50 juta (RM208.1 juta) dan AS$300 juta (RM1.25 bilion).

Terdapat juga pihak lain yang berpandangan bahawa aset mereka adalah lebih daripada itu.

Difahamkan, pendapatan lumayan yang diperoleh adalah hasil daripada pelaburan dalam perniagaan-perniagaan haram yang digubah menerusi bank dan syarikat pinjaman wang.
Deen pula menganggarkan bahawa serangan yang dilancarkan IS di Sri Lanka memakan kos di antara AS$30,000 (RM124,947) dan AS$40,000 (RM166,596).
Sumber: CNN
Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker