Gaya HidupKesihatan

Bagaimana Melegakan Sedu Semasa Berpuasa?

Mengalami sedu sudah pasti akan mendatangkan ketidakselesaan kepada anda, bukan? Lebih-lebih lagi pada bulan Ramadan. Ini kerana salah satu cara yang paling terkenal dan berkesan melegakan sedu adalah dengan minum air.

Oleh itu, apa yang boleh dilakukan lagi? Ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai cara melegakan sedu semasa berpuasa.

Mengapa sedu berlaku?

Sebelum itu, kita perlu tahu terlebih dahulu ketahui punca sedu itu berlaku. Sebenarnya, terdapat banyak punca yang boleh menyebabkannya berlaku, termasuklah:

  • Makan terlalu banyak atau terlalu cepat
  • Minum air berkarbonat atau beralkohol
  • Terasa gelisah atau gemuruh
  • Tekanan
  • Perubahan suhu secara tiba-tiba
  • Tertelan terlalu banyak udara

Kesemua di atas boleh menjadi punca sedu berlaku semasa berpuasa kecuali makan dan minum.  Persoalannya, bagaimanakah untuk melegakannya selain minum air?

Tip melegakan sedu semasa berpuasa

#1. Menahan nafas

Pertama sekali, anda boleh mengawal pernafasan anda dengan menahan nafas. Caranya, tahan nafas anda selama kira-kira sepuluh saat kemudian hembuskannya perlahan-lahan. Ulang sehingga sedu hilang dengan sendiri.

#2. Bernafas dalam beg kertas

Selain itu, anda juga boleh menggunakan teknik bernafas di dalam beg kertas. Caranya, letakkan beg kertas tersebut pada bahagian mulut dan hidung anda kemudian bernafas di dalamnya. Ini bertujuan untuk memasukkan karbon dioksida ke dalam paru-paru anda. Lalu melegakan otot difragma yang berkontraksi tadi.

#3. Menarik lidah anda

Seterusnya, anda juga boleh cuba menarik lidah anda untuk merangsang saraf vagus dan melegakan kekejangan diafragma sekali gus menyebabkan sedu terhenti. Caranya, hanya tarik hujung lidah anda menggunakan jari.

#4. Duduk sambil memeluk lutut

Akhir sekali, anda boleh cuba duduk sambil memeluk lutut dan tahan posisi ini sekurang-kurangnya dua minit. Posisi ini akan memberikan tekanan pada diafragma anda sekali gus menghentikan sedu.

Sekiranya anda sudah melakukan semua tip oleh Hellodoktor di atas termasuklah minum air namun sedu anda masih tidak berhenti, segera berjumpa doktor untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Show More

Related Articles

Check Also
Close
Back to top button