Ibu dan Anak

Antara 6 Sebab Mengapa Ibu Tidak Dapat Menyusukan Anak

Jika anda salah seorang daripada ibu yang tidak dapat menyusukan anak secara eksklusif, ia bukanlah sesuatu kegagalan sebagai seorang ibu.

Walaupun terdapat tekanan yang mungkin dari diri sendiri dan juga masyarakat disekeliling, janganlah membuat perkara ini menjadi beban diri anda.

Terdapat beberapa sebab fizikal mengapa seseorang ibu itu tidak dapat menyusukan bayi mereka.

Menurut Chicago Tribune, adakalanya wanita tidak dapat mengeluarkan susu yang mencukupi untuk bayi mereka kerana kepenatan, tertekan atau lemah akibat pembedahan akibat melahirkan anak.

Terdapat juga beberapa keadaan ibu yang mengakibatkan mereka tidak dapat menyusukan bayi. Antaranya ialah:-

1. Kekurangan Tisu Glandular

Tisu glandular ini merupakan di antara struktur penghasilan susu di kawasan payudara yang mana mungkin tidak berhasil untuk terbentuk sempurna. Ia juga mungkin berlaku akibat daripada pembedahan payudara yang pernah sang ibu mengalami.

2. Gangguan Tiroid

Adakalanya cebisan plasenta tidak dikeluarkan sepenuhnya yang menyebabkan pendarahan tidak normal setelah bersalin. Ia juga menyebabkan sindrom ovari polisistik yang berkait dengan ketidakseimbangan hormon seks dan juga sindrom Sjogren iaitu penyakit autoimun.

3. HIV

4. Penyakit Serius / Jangkitan

Ini termasuk penyakit jantung, kurang darah yang kronik atau aktif, tuberkulosis yang tidak dirawat.

5. Sedang Menjalani Rawatan / Perubatan

Pesakit yang harus melalui rawatan yang melibatkan radiasi, perubatan anti-tiroid, kemoterapi atau ubat yang mengubah ‘mood’ seseorang akan mengalami gangguan penyusuan.

6. Ketagihan Dadah Atau Alkohol

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker