Gaya HidupIbu dan AnakKesihatan

Kaedah Merawat Ekzema & Cara Pencegahannya

Ibubapa yang bayinya menghidap ekzema pasti semuanya menginginkan ‘krim ajaib’ yang mampu menangani masalah kulit ini.

Namun, Perunding Demartologi Pediatrik Hospital Kuala Lumpur (HKL), Dr Leong Kin Fon berkata kepada BeritaHarian bahawa ianya mustahil kerana cara menangani penyakit ekzema sebenarnya ialah melalui pengurusan diri yang baik.

Penyakit kulit khususnya ekzema dalam kalangan kanak-kanak memang sukar untuk diubati jika mengambil remeh kaedah mengubatinya.

 

Mengetahui Punca Ekzema Adalah Kunci Utama

Menurutnya, ibubapa perlu mengetahui punca bagaimana anak mereka mendapat ekzema sehingga menyebabkan kegatalan tersebut kerana setiap bayi adalah berbeza.

Walau bagaimanapun, janganlah pula menyekat pemakanan anak kerana percaya ia berpunca daripada susu atau makanan tertentu sehingga nutrisi mereka tidak cukup dan anak menjadi kurus serta tidak bermaya.

 

Setiap Individu Memiliki Rawatan Berbeza

Dr Leong berkata rawatan untuk setiap individu juga berbeza dan berubah mengikut usia dan sukar untuk sembuh dengan sekelip mata.

Dianggarkan satu daripada lima kanak-kanak mengalami ekzema di Malaysia. Ia selalunya dicetuskan oleh faktor persekitaran atau tabiat tertentu yang boleh membuatkan gatal dan ruam menjadi teruk.

 

Bagaimana Mengesan Ekzema Pada Kulit Bayi

Ekzema boleh dikesan melalui dua ciri utama iaitu ruam dan kegatalan melampau. Kulit yang menjadi amat kering dan mula hatal sehingga mencetuskan pelepasan bahan kimia yang menyebabkan keradangan dan seterusnya kerengsaan kulit.

Kulit pesakit juga akan menjadi kemerahan, kering, bersisik dan sangat gatal.

Menurut Dr Leong, ruam ekzema datang dan pergi. Kegatalannya pula biasanya berlaku sebelum ruam.

 

Kaedah Rawatan Ekzema

Mengenai kaedah rawatan, Dr Leong merujuk kepada kaedah kombinasi, kadangkala pesakit hanya perlu menyapu krim tetapi jika keadaan menjadi bertambah teruk, pesakit perlu mengambil antibiotik dan steroid.

Jika kawasan ekzema tersebut adalah sedikit, selalunya ia hanya dikawal dengan ubat sapu sahaja tetapi jika terlalu teruk barulah suntukan atau pil akan diberikan.

Pesakit haruslah sentiasa mengelak dari kulit kering dengan mengamalkan penggunaan sabun lembut berpelembap.

Bagi merawat inflamasi akibat kemerahan dan kegatalan, penggunaan krim steroid boleh mengelakkan sebarang komplikasi seperti kulit menjadi tipis. Walau bagaimanapun, dapatkanlah pandangan doktor sebelum menggunakannya.

 

5 Tips Pencegahan Ekzema

Ibu bapa yang sudah melihat terdapat tanda-tanda ekzema pada kulit anak anda, lakukan lima tips pencegahan ini.

1. Gunakan pelembap selepas mandi
2. Elakkan terdedah pada panas atau peluh berlebihan
3. Terus mandi selepas aktiviti sukan, bersenam dan sebagainya
4. Elak mengambil makanan yang boleh memburukkan lagi ekzema menerusi pemerhatian berdasarkan pengalaman lepas atau ujian alergi darah atau kulit/
5. Elak menggunakan sabun, pencuci pinggan, pakaian dan sebagainya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker