Ibu dan Anak

Tips Untuk Wanita Berjaya Dalam Bidang Yang Didominasi Lelaki

Secara umumnya orang pasti melihat kerjaya dalam bidang minyak dan gas didominasi kaum Adam dan apabila wanita ingin menceburinya pasti ada yang meragui kemampuan kaum Hawa ini.

Ramai juga yang mengatakan kalau kaum Hawa mahu memasuki bidang yang dikenali dengan gaji yang tinggi tetapi tahap fizikal dan ketahanan yang juga mantap harus menjadi agresif.

 

Wanita Tidak Perlu Agresif Untuk Memasuki Industri O&G

Sumber Imej : TheStar

Namun, Chieng telah berkongsi dengan TheStar setelah dua dekad di dalam industri ini bahawa wanita tidak perlu menjadi agresif atau kejam apabila memasuki industri ini. Mereka perlu menjadi diri mereka sendiri.

Falsafah ini menjadi untuk dirinya yang kini menjadi Pengurus Besar di Sarawak Shell Berhad dan menjadikannya di antara segelintir wanita yang berjaya berada di puncak industri minyak dan gas.

Walaupun tugasnya sangat mencabar, beliau bertanggungjawab ke atas keselamatan dan penghasilan minyak dan gas yang boleh dipercayai dengan memastikan kemudahan syarikat dijaga dengan baik, operasi berjalan dengan lancar dan pengeluaran yang berterusan.

 

Percaya Pada Diri Sendiri Adalah Kunci Kejayaan

Chieng percaya bahawa ia bukanlah diluar jangkaan wanita untuk melayari bidang teknikal dan sains ini.

Menurut beliau wanita perlu lebih percayakan diri mereka sendiri dan berani untuk mencuba perkara baharu tanpa rasa takut untuk melakukan kesalahan.

“Wanita boleh melakukan perkara sebaik lelaki ataupun lebih baik apabila kita meletakkan hati dan minda kita ke sesuatu perkara. Adakalanya saya rasa wanita perlu diberi lebih dorongan.

Ramai yang rasa mereka perlu melakukan sesuatu pekerjaan yang mereka tahu 100% sebelum memohon sesuatu jawatan. Oleh itu wanita perlu mengubah minda. Berani mengambil risiko, kerja keras dan percaya bahawa rakan kerja anda akan menyokong anda,” nasihat Chieng yang kini mengurus 500 pekerja yang mana 200 daripada mereka bekerja di landasan persisir laut.

 

Pernah Meragui Kemampuan Diri Tetapi…

Bercakap melalui pengalamannya yang pernah diberi peluang untuk bekerja di UK tetapi meragui kemampuan dirinya. Beliau yang merasakan dirinya kurang pengalaman itu walau bagaimanapun bersyukur kerana dinasihatkan untuk mencubanya.

“Saya merupakan satu-satunya wanita dalam pasukan dan harus mengetuai kumpulan senior dan pekerja lelaki dari Barat. Saya harus mengingatkan diri saya tentang tujuan asal saya iaitu untuk meningkatkan prestasi dan apabila saya telah membuat sasaran saya kelihatan jelas, saya akhirnya mendapat sokongan dan berjaya memberi hasil yang baik,” kenang Chieng.

“Ianya OK untuk melakukan kesalahan. Anda tidak perlu sempurna 100% untuk mengharungi sesuatu cabaran. Percayakan diri sendiri dan belajar melalui kesilapan serta majukan diri,” kata Chieng yang berasal dari Sibu, Sarawak dan kini menetap di Miri.

Walaupun ramai wanita telah menceburi bidang kejuruteraan dan teknikal seperti minyak dan gas, Chieng berkata wanita masih berada dalam golongan minoriti.

 

Kelebihan Wanita Dalam O&G

Terdapat juga kelebihan untuk wanita dalam bidang ini katanya. Wanita lebih memiliki sifat empati dan mahu mendengar. Dengan itu, orang akan lebih suka untuk berkongsi masalah dan cabaran yang menyebabkan setiap isu dan prestasi boleh dipertingkatkan.

Chieng mengaku bahawa untuk mencapai keseimbangan dalam kerjaya dan kehidupan adalah satu perkara yang sukar untuk dirinya. Walau bagaimanapun, dia bersyukur kerana dikelilingi orang yang menyokong sesama sendiri yang membenarkan dirinya untuk fokus terhadap kerjaya tanpa perlu berkompromi dengan waktunya bersama keluarga.

“Sewaktu saya menjadi ibu muda, saya perlu belajar untuk menyeimbangkan diri dengan tuntutan kerjaya yang pada masa yang sama saya perlu menjaga anak saya. Saya juga telah nekad untuk menyusui kesemua bayi saya dan bersyukur saya dapat menjalankan komitmen tersebut.

Dengan adanya bilik ibu menyusu di pejabat serta jam kerja yang longgar ia telah memberi perubahan yang positif sehingga membolehkan saya melalui fasa kehidupan ini dengan baik.

Nasihat saya, cubalah untuk dapatkan pertolongan. Selalunya terdapat persepsi bahawa wanita hebat dalam melakukan pelbagai kerja dalam sesuatu masa. Walaupun ianya benar, tetapi seseorang perlu sedar bahawa dia hanya memiliki 24 jam dalam sehari. Akan adanya banyak sokongan di luar sana jika anda memiliki kelakuan dan peribadi yang betul.

“Berendah diri, sentiasa belajar dan tahu dengan jelas apa yang anda mahu capai.” – nasihat Chieng.

Dalam kes saya, saya memiliki seorang pembantu rumah yang terbaik di rumah yang membolehkan saya meluangkan masa bersama anak-anak selepas waktu bekerja,” kata Chieng yang memiliki tiga anak perempuan berusia 14, 12 dan 9 tahun.

Chieng yang mahu memastikan wanita diberi peluang dalam industri ini juga berkata bahawa tidak ada sebarang formula untuk mendapatkan kehidupan yang sempurna, semua orang perlu mencari keseimbangannya tersendiri kerana hanya mereka tahu apa yang sempurna untuk diri dan berusahalah untuk mendapatkannya.

“Saya memiliki kerjaya yang baik. Saya telah maju sebagai jurutera, pengurus dan seorang pemimpin. Semua ini bukan hanya melalui kesempurnaan teknikal tetapi melalui proses pembangunan kemahiran kepimpinan yang telah membantu saya sebagai seorang anak, kakak(atau adik), isteri dan ibu,” kata Chieng.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button