Isu SemasaTempatan

EU Dan Perancis Bukan ‘Musuh’ Minyak Sawit

Kesatuan Eropah (EU) dan Perancis bukanlah musuh kepada minyak sawit dan pasarannya akan terus menjadi terbuka berikutan dasar kerajaan baru pimpinan Pakatan Harapan (PH) dalam melindungi alam sekitar, menurut Duta Perancis ke Malaysia, Frederic Laplanche.

Ketika mengeluarkan kenyataan tersebut, beliau mengakui bahawa hubung kait minyak sawit dan aktiviti penebangan hutan telah menjejaskan imej tanaman itu, tetapi keadaan kini berubah.

“Saya dapat lihat bahawa kerajaan Malaysia sedang menangani dengan positif isu alam sekitar dan defisit kepercayaan dalam kalangan pengguna Eropah.

“Ia menumpukan usahanya bagi dua objektif ini, yang saya fikir adalah sangat baik dan penting,” katanya.

Pertama, beliau menyatakan bahawa kerajaan Malaysia telah melancarkan kempen promosi, Love MY Palm Oil dalam usaha “memperbaiki imej” minyak sawit yang masih negatif pada pandangan umum.

Kedua, kerajaan juga membangunkan dasar untuk menggalakkan perlindungan alam sekitar termasuk:

1. Mengekalkan lebih 50% hutan hujan tropika dengan pelbagai biodiversiti

2. Mengehadkan jumlah bagi kawasan sawit di Malaysia pada 6.5 juta hektar (daripada 5.8 juta hektar pada 2018)

3. Tiada penanaman sawit di tanah gambut

4. Menambah baik kelestarian sememangnya penting untuk mendapatkan kembali kepercayaan pengguna Eropah

“Ini adalah sesuatu yang kita boleh menyokong sepenuhnya,” tambah Laplanche.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada sebarang larangan ke atas minyak sawit yang sedang berlaku di EU pada waktu ini.

Namun, Perancis dan EU sedang menarik balik insentif-insentif minyak sawit secara beransur-ansur untuk ditambah ke dalam dengan diesel.

“Alasan (penarikan balik insentif itu) adalah kerana pengiraaan yang dibuat menunjukkan terdapat masalah keseimbangan dan kesan karbon.

“Sudah tentunya saya perlu terangkan bahawa, walaupun tiada larangan, langkah-langkah ini kemungkinan akan membawa kepada pengurangan penggunaan minyak sawit sebagai biofuel di Eropah, bergantung kepada harga bahan api fosil.

“Sememangnya, dengan menarik balik insentif fiskal itu, kes ekonomi bagi menambah minyak sawit ke dalam diesel akan luput kerana minyak sawit lebih mahal berbanding bahan api fosil tradisional pada harga pasaran semasa.

“Namun, penting untuk memahami bahawa ia bukan larangan, dan kami hanya memperkatakan tentang menarik semula insentif, dan hanya bagi minyak sawit sebagai biofuel,” katanya.

Tegas Laplanche lagi, tiada sebarang perubahan dalam dasar-dasar berkaitan minyak sawit digunakan untuk produk makanan dan bahan-bahan asas bagi industri oleokimia di peringkat Perancis mahupun EU.

Beliau berkata, EU juga merupakan salah satu pihak yang pertama untuk memperkenalkan insentif bio bahan api dan menjadi antara rantau terakhir di dunia yang masih memberi insentif minyak sawit dan biofuel.

“Kebanyakan negara lain sama ada tidak pernah memberi insentif minyak sawit untuk memasuki pasaran mereka sebagai bahan bio api atau mereka sudah menariknya sejak sekian lama.

“Jadi, saya tidak mahu orang untuk berfikir bahawa EU adalah musuh kepada minyak sawit dan Malaysia,” tegasnya.

 

Sumber: The Star, Bernama

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker