SukanTeknologi

5 Pasukan Malaysia Bertanding Di Dalam PMCO 2019

5 Pasukan Malaysia Bertanding Di Dalam PMCO 2019

Setelah pusingan kelayakan tamat, 24 pasukan telah dipilih bagi meneruskan pusingan seterusnya di dalam PUBG Mobile Club Open (PMCO) 2019 bagi liga Asia Tenggara.

24 pasukan tersebut yang mewakili Malaysia, Thailand, Indonesia, Vietnam, Kemboja dan Filipina adalah:

Group A:

  • Purple mood (Thailand)
  • ILLUMINATE THE MURDER (Thailand)
  • Best Absolute Training (Vietnam)
  • VICTIM ESPORTS (Indonesia)
  • VICTORIOUS IN PLAY (Malaysia)
  • Goldencat (Thailand)
  • Bigetron (Indonesia)
  • NaRok Gaming (Thailand)

Group B:

  • BOX GAMING (Vietnam)
  • ATHENA (Thailand)
  • iScrewDriver (Filipina)
  • Team X-Force (Kemboja)
  • AROV ESPORTS (Malaysia)
  • TheWolfOfKiller (Kemboja)
  • Friends Forever Gaming (Vietnam)
  • Xavier Team (Vietnam)

Group C:

  • Team Secret (Malaysia)
  • YOODO GANK (Malaysia)
  • Crazy Dog (Vietnam)
  • JUNIOR TALENT (Malaysia)
  • WAW Esports (Indonesia)
  • Onic Esports (Indonesia)
  • Pure Skill (Filipina)
  • Evos Esports (Indonesia)

Bagi pasukan yang mewakili Malaysia iaitu Junior Talent, Victorious In Play (VIP), Yoodo Gank, AROV Esports dan Team Secret dilihat mempunyai peluang yang cerah memenangi liga ini melihat rekod mereka di pusingan kelayakan.

Kesemua 24 pasukan ini akan berentap di dalam kumpulan masing-masing selama 5 minggu dari 9 Mei hingga 9 Jun 2019 di mana USD$5,000 (RM20,765) diberikan secara mingguan kepada kedudukan 6 teratas sahaja dalam carta liga.

PMCO menawarkan hadiah terkumpul sehingga USD$26,000 (RM107,980) dan pasukan yang menerima MVP pada minggu tersebut akan menerima USD$1,000 (RM4,100).

Top 12 yang mencatatkan mata tertinggi selepas lima minggu akan layak ke SEA Spring Championship di Jakarta, Indonesia pada 14 Jun hingga 16 Jun 2019.

Selain itu, 4 pasukan terbaik dari setiap empat negara iaitu Thailand, Indonesia, Malaysia dan Vietnam (satu pasukan untuk satu negara) juga layak ke Indonesia nanti.

Perlawanan akan disiarkan secara livestream di laman Youtube dan Facebook rasmi PUBG Mobile.

Untuk maklumat lanjut dan kemas-kini turut boleh didapati melalui laman rasmi Facebook mereka.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker