AntarabangsaIsu Semasa

Tentera ‘Troll’ China Serang Laman Facebook Pro-Uighur

Tentera ‘troll’ China telah melancarkan serangan bertalu-talu ke atas laman Facebook dua kumpulan pro-etnik minoriti Islam Uighur dengan pelbagai imej serta komen yang berunsur perkauman dan ugutan.

Serangan-serangan di media sosial itu dilancarkan oleh Diba Central Army, sebuah kumpulan patriotik China yang turut menyasarkan laman-laman lain dalam usaha untuk mempertahankan Beijing.

Mereka turut menggelar laman-laman media sosial Uighur itu sebagai “kumpulan pengganas.”

“Sebuah laman pengganas, tidak berbeza dengan ISIS,” kata satu komen biadab yang dinyatakan oleh Diba.

Berikutan kebimbangan China terhadap imej globalnya berhubung pelbagai isu termasuk Taiwan, yang dilihat oleh Beijing sebagai sebahagian daripada wilayahnya, dan juga kontroversi penindasan yang dilakukan terhadap Uighur di wilayah Xinjiang, Diba dilaporkan telah memainkan peranan besar dalam melaksanakan kerja-kerja propaganda Beijing menerusi atas talian.

Walau bagaimanapun, hubung kait tentera troll itu dengan kerajaan China tidak diketahui, tetapi anggota-anggotanya sering dipuji oleh media-media kerajaan sebagai “suara akar umbi patriotik”.

Difahamkan, tentera Diba kini mempunyai lebih daripada 20 juta pengguna di pelbagai platform media sosial, di mana mereka turut mempunyai ‘platun’ masing-masing.

Mereka melaksanakan setiap ‘operasi’ dengan disiplin ketenteraan, dan juga pernah menyerang laman media sosial Presiden Taiwan, Tsai Ing-wen sebelum ini.

Diba divides itself into platoons and conducts each operation with military discipline, attacking the page of Taiwanese President Tsai Ing-wen in the past.

Malah, ia juga memberi panduan kepada penduduk-penduduk China bagaimana untuk memintas sistem pengawal selia internet negara “Great Firewall of China” (GFW), yang menyekat laman-laman media sosial seperti Facebook.

Tetapi menurut pemerhati, taktik-taktik yang digunakan oleh Diba ini dikatakan terkandung dalam “buku strategi” United Front Work Department China, sebuah jabatan yang menyelia isu-isu hak minoriti,a gama dan komuniti China di luar negara.

Walaupun mempunyai kehadiran yang meluas di media sosial, Diba masih kekal sebagai sebuah kumpulan “rahsia”.

Untuk menyertai kumpulan Facebooknya, pengguna-pengguna baru perlu menjawab beberapa siri soalan termasuk tentang Undang-Undang Anti-Pemisahan China dan sama ada kekurangan demokrasi boleh diterima atau tidak.

Pengguna baru juga harus “berikrar” untuk mematuhi peraturan-peraturan kumpulan Diba.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button