Sains

Penemuan Dua Cara Berkesan Bagi Menangani Masalah Tumpahan Minyak Di Laut

Pada bulan April dan awal bulan Mei yang lalu, beberapa kejadian tumpahan minyak telah berlaku di perairan Tanjung Balai dan Tanjung Punggai, Johor.

Kejadian tumpahan sebegini boleh menyebabkan pencemaran air yang dasyat serta mengganggu kehidupan laut sekitarnya.

Selalunya proses pembersihan tumpahan minyak dilaut dilakukan dengan memasang sekatan di atas permukaan laut dan kapal kecil akan menyedut minyak dipermukaan air. Walau bagaimanapun cara ini dilihat tidak berkesan dengan sempurna kerana ia tidak berupaya untuk menyedut kesemua minyak yang ada.

 

Kajian Dilakukan Di Eropah Serta Tanah Air Kita Sendiri!

Pada tahun lalu terdapat beberapa kajian menggunakan bakteria untuk menguraikan minyak di laut. Salah satunya di negara Eropah iaitu dari Technical University of Crete. Malah terdapat juga kajian ini dijalankan di tanah air kita sendiri.

Penyelidikan yang berlaku di Makmal Penyelidikan Kesihatan Alam Sekitar di Fakulti Pengajian Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia dan diketuai oleh Dr. Normala Halimoon ini menggunakan Cellulosimicrobium cellulans iaitu sejenis bakteria yang mampu menguraikan minyak di laut.

Kajian Bakteria Di Malaysia

“Bakteria ini dipencilkan daripada bebola tar yang dikutip di kawasan-kawasan pantai yang telah melalui proses disentrigasi apabila terapung di atas permukaan air laut dalam jangka masa yang panjang.

Dr. Normala Halimoon, Pensyarah Kanan Universiti Putra Malaysia. Sumber Imej: kosmo

“Kewujudan bakteria ini mampu membersihkan tumpahan minyak di laut dan seterusnya mengurangkan ancaman hidupan laut daripada masalah kepupusan,” jelas Dr Normala seperti yang dilaporkan Kosmo.

“Hasil daripada penyelidikan yang dilakukan, Cellulosimicrobium cellulans ini boleh dibuat dalam bentuk serbuk atau cecair yang bermedia, kemudian disemburkan di kawasan persekitaran yang tercemar.

“Bakteria tersebut kemudian akan melalui proses pertumbuhan secara semula jadi dengan menggunakan minyak sebagai sumber makanan iaitu sumber karbon dan seterusnya mengurai minyak dengan optimum,” jelasnya.

 

Apakah Kelebihan Bakteria Ini?

Menariknya mengenai bakteria ini ialah ia mampu menguraikan antara 10 hingga 95.4 peratus minyak yang terdapat di dalam air.

Lazimnya, penguraian minyak oleh Cellulosimicrobium cellulans boleh diuraikan dalam tempoh 10 hari pada pH awal iaitu 7.5 dan suhu 32 darjah Celsius.

Biarpun begitu, parameter persekitaran seperti pH dan suhu perlu dikawal semasa aktiviti ini berjalan bagi membolehkan kadar degradasi maksimum berlaku walaupun ia bergantung kepada kadar kemasinan air laut tersebut.

“Rawatan secara bioremediasi ini bersifat mesra alam dan kos yang rendah untuk membersihkan pencemaran minyak serta menukarnya kepada gas karbon dioksida dan air yang tiada toksik.

“Aplikasi kaedah ini dapat mengawal pencemaran di kawasan berair iaitu sungai dan kawasan marin secara berkesan.

“Justeru, hidupan akuatik dapat ditingkatkan dan ekosistem seimbang wujud di kawasan tersebut dengan kehadiran rantai makanan yang teratur,” jelasnya.

 

Kajian Lain : Kulit Mangga Juga Boleh Bantu Membersihkan Sisa Tumpahan Minyak Di Laut!

Walau bagaimanapun, terdapat sebuah lagi kajian yang dilakukan oleh pengkaji dari University of South Australia yang menggunakan kulit mangga dalam rangka penggunaan konsep kitar semula dalam kehidupan.

Para pengkaji ini telah menemukan ekstrak dari kulit mangga ini mampu menguraikan toxin dalam minyak melalui pengoksidaan dan hanya meninggalkan galian yang tidak tercemar serta besi yang mudah terurai.

Biruck Desalegn Yirsaw

Biruck Desalegn Yirsaw, ketua penyelidikan ini berkata dia telah menghasilkan nanopatikel menggunakan kulit mangga yang tekah dikeringkan, ditumbuk, direbus dan dituras serta dicampurkan bersama besi klorida yang berjaya menyahkan toksin dalam tanah yang tercemar sebanyak 90%.

Ekstrak ini juga dikatakan mampu mengeluarkan 99% toksik kromium daripada air yang tercemar dan menghasilkan solusi yang mesra alam serta mampan untuk menangani masalah tumpuhan minyak.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button