Bisnes & EkonomiTeknologi

10 Inisiatif Teknologi Untuk Pembangunan Sosial Negara Masing-Masing

Setiap negara memiliki masalah sosial masing-masing yang perlu ditangani dengan lebih efektif. Dengan kemajuan teknologi yang ada pada setiap negara, pelbagai inisiatif telah dibangunkan untuk mengatasi masalah negara dengan menggunakan teknologi. Antaranya ialah:-

1. Bangladesh

Aashar Alo Patshala, sebuah sekolah yang telah menyumbang kepada komuniti miskin ini telah menyediakan kemahiran teknologi sebagai landasan bagi kanak-kanak perempuan di negara tersebut untuk terlepas dari terpaksa berkahwin di usia muda.

 

2. India

Yayasan NASSCOM, Aide et Action dan Yayasan CAP telah bekerjasama dengan Microsoft India untuk membuka peluang bagi anak muda bagi menganjurkan akta mesra digital serta pelaburan dalam transformasi digital bukan keuntungan.

 

3. Thailand

Varee app merupakan sebuah landasan yang mengumpul data air dari pelbagai sumber. Aplikasi ini menggabungkan video live jalanan dari CCTV kerajaan untuk memberi informasi kepada orang ramai dari sumber Kementerian Sumber Air serta informasi tempatan yang terdapat di media sosial dengan tanda pagar #flood sebagai pengesan. Ini adalah bagi membantu warga Bangkok untuk mendapatkan pelbagai sumber sahih di satu tempat bagi merancang perjalanan mereka.

 

4. Malaysia

Hour of Code berkerjasama dengan Jabatan Penjara Malaysia bagi mengadakan sebuah khusus kefahaman digital untuk banduan remaja bagi melengkapkan mereka dengan peningkatan kemahiran dalam bidang digital, keusahawanan dan pembangunan kapasiti. Mereka telah memperkenalkan sesi ini secara berkala kepada belia dari pelbagai latar belakang serta remaja pelarian dan juga komuniti di bawah aras kemiskinan dan banyak lagi.

 

5. Indonesia

Bersama dengan Kementerian ICT dan universiti-universiti di seluruh Indonesia, mereka mengadakan tanda pagar #StartupNation yang trending bagi meningkatkan lagi kemahiran belia dalam bidang kecerdasan buatan (AI), data sains dan sekuriti siber.

 

6. Hong Kong

RunOurCity, sebuah pertubuhan bukan keuntungan telah mengadakan larian dan program kecergasan untuk belia yang berisiko bagi membina keyakinan diri dan harga diri. Mereka ini telah menggunakan teknologi awan sebagai bukti pembangunan serta membantu pengurusan bagi penerima manfaat dan pada masa yang sama menyimpan data mereka secara selamat.

 

7. Vietnam

Terdapat 53 etnik minoriti yang tinggal di kawasan pedalaman Vietnam dan kerajaan Vietnam mahu memastikan kumpulan ini tidak terlepas daripada mempelajari ICT terutamanya di sekolah. Oleh sebab itu kementerian pendidikan bersama syarikat Vietnet-ICT telah membangunkan belia di kawasan pedalaman ini dengan memastikan mereka mendapatkan kemahiran digital.

Sebuah organisasi bukan berasaskan untung REACH telah mengorak langkah dengan mengajar pengkodan kepada kanak-kanak pedalaman ini. Selain daripada itu mereka boleh membantu anak yang berpotensi untuk mendapatkan latihan vokasional serta pekerjaan bagi belia Vietnam yang tersepit.

 

8. Filipina

Sebagai negara ke-empat di dunia yang terdedah kepada bencana alam, Gawad Kalinga (sebuah NGO) telah berjaya membangunkan sebuah model pengurusan bencana yang melibatkan proses pemindahan komuniti tempatan dengan menggunakan teknologi. Para sukarelawan akan mengambil informasi berharga dan menyimpan maklumat itu dalam ‘cloud’ serta meletakkannya di atas peta.

 

9. Australia

Bagi mengekalkan budaya orang asli Australia, Digital Custodians telah menghasilkan budaya kuno mereka dalam bentuk 3D dan augmented reality (AR) dengan menggunakan Microsoft Hololens.

 

10. Myanmar

Tech Age Girls, sebuah program yang dilancarkan oleh Myanmar Book Aid and Preservation Foundation (MBAPF) ini telah memberikan bantuan kepada sistem bagi menambahkan lagi akses terhadap teknologi. Ia merupakan latihan yang komprehensif untuk perempuan bagi menyiapkan mereka menjadi pemimpin yang memiliki sifat kepimpinan dan berkemahiran komputer supaya mereka siap bekerja di alam abad ke-21 ini.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker