Sukan

Peminat Marah Betul Pada Messi

Setelah kekalahan Barcelona di tangan Liverpool di Anfield pagi semalam kekecewaan penyokong Barcelona masih kelihatan apabila mereka mencaci Lionel Messi sebaik sahaja tiba di Lapangan Terbang John Lenon.

Penyingkiran Barcelona setelah Liverpool mara ke final selepas mempamerkan kebangkitan luar biasa dengan menjaringkan empat gol di Anfield dengan agregat 4-3.

Messi yang mempamerkan aksi cemerlang ketika Barcelona menang 3-0 pada aksi separuh akhir pertama di Camp Nou tetapi dia gagal menyerlah ketika beraksi di laman lawan.

 

Messi dilihat mengalirkan mata sewaktu kalah di Anfield

Kapten Barcelona itu dilihat mengalirkan mata sebaik sahaja pengadil Cuneyt Cakir meniupkan wisel penamat sekali gus menyaksikan kelabnya buat kali kedua berturut-turut disingkirkan di pentas separuh akhir UCL dengan begitu kejam.

Musim lepas, The Catalan mengalami nasib sama apabila melakar kemenangan 4-1 di laman sendiri sebelum tewas 0-3 kepada AS Roma di Stadio Olimpico menyaksikan mereka gagal mara ke pentas final, disebabkan kelab Serie A itu memiliki kelebihan jaringan tempat lawan.

Selepas perlawanan, Messi diarahkan untuk menjalani ujian doping dan dia turut ditinggalkan bas membawa pasukan Barcelona keluar dari perkarangan stadium Anfield.

Sebaik sahaja Messi tiba di lapangan terbang selepas memberikan sampel urin, dia didatangi sekumpulan penyokong Barcelona yang bertindak memakinya.

 

Penyokong Barcelona Kecewa Dan Marah

Menurut El Chiringuito TC, salah seorang penyokong berteriak: “Messi anda kapten! Anda bertanggungjawab!”.

Mundo Deportivo melaporkan Messi turut diboo dan dikecam ketika dia meninggalkan lapangan terbang.

Pepe Costa, Pengarah Bahagian Pemain Barcelona turut terlibat dalam kekecohan yang dicetuskan penyokong yang berang sebelum situasi itu berjaya dikawal.

 

Spurs Pertama Kali Dalam Sejarahnya Ke Final

Liverpool bakal berdepan dengan Tottenham Hotspur pada 1 Jun depan untuk final Liga Juara-Juara apabila Tottenham berjaya mengalahkan pasukan Ajax 3-2.

Tottenham yang pertama kali dalam sejarah mara dengan final apabila jaringan hatrik Lucas Moura menyaksikan mereka bangkit untuk mengecewakan kelab Belanda itu.

 

Ajax Hampir Ke Final Tetapi…

Laluan Ajax ke final kejohanan itu dilihat hampir menjadi kenyataan apabila mereka mendahului 3-2 secara agregat menghampiri akhir masa perlawanan aksi separuh akhir kedua di Johan Cruyff Arena.

Itulah ketikanya bola terkena kaki Lucas di kawasan penalti dan pemain Brazil itu melakukan rembatan rendah melepas penjaga gol Ajax Andre Onana untuk mengesahkan kebangkitan mereka.

Ia memberikan kemenangan 3-2 pada awal pagi itu dan 3-3 secara agregat dan membawa anak buah Mauricio Pochettino mara menerusi jaringan di tempat lawan.

 

1 Jun: Pertembungan Dua Kelab Inggeris

Pertembungan Tottenham Hotspur dengan Liverpool yang bakal berlangsung di Madrid ini akan menyajikan pertemuan dua kelab Inggeris sejak 2008.

Pochettino yang menangis sebaik tamat perlawanan pagi tadi berkata perkata paling penting adalah ucapan tahniah kepada pemainnya kerana mereka telah menjalankan tugas dengan cemerlang.

“Saya katakan sebelum ini, mereka adalah wira. Saya fikir sekarang mereka adalah adiwira. Kejayaan membawa kelab ke final Liga Juara-Juara menghampiri keajaiban.” kata Pochettino.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker