Gaya HidupKesihatan

Apakah Perbezaan Theracurmin Di Pasaran Dengan Kunyit Di Dapur?

Rempah Kunyit Bermanfaat Sejak Dahulu Lagi

Rempah ratus adalah sesuatu yang sudah lama diperdagangkan oleh para pedagang zaman dahulu lagi. Ia digunakan untuk membuat makanan harian kita lebih enak, menarik dan cantik.

Malah, setiap rempah ratus ini sebenarnya tersimpan rahsia kesihatan di dalamnya. Ada yang kaya dengan antioksidan dan ada juga yang tinggi dengan khasiat anti-radangnya.

Kedua-dua khasiat ini ada pada satu rempah yang sering masyarakat kita gunakan.. iaitu kunyit!

Bagi orang Jawa yang sering memakan jamu, kunyit merupakan salah satu bahan asas mereka.

Sebuah kajian terperinci yang dijalankan selama 50 tahun juga telah menunjukkan bahawa kunyit membawa pelbagai kebaikan.

 

Suplemen Untuk Orang Bekerja

Persekitaran kompetitif yang wujud pada hari ini dan memaksa orang bekerja keras dan menggunakan banyak masa mereka telah menyebabkan orang ramai terpaksa menjalani tabiat pemakanan dan gaya hidup yang mungkin menyebabkan keradangan kronik di dalam badan mereka.

Oleh itu badan kita sering mengalami gangguan dan keradangan yang menyebabkan mekanisme di dalam badan kita tidak dapat melindungi tubuh daripada jangkitan serta kecederaan sehingga kemungkinan besar kesakitan, bengkak dan kemerahan akan dialami.

 

Mencegah Penyakit Tidak Berjangkit Yang Sering Menyebabkan Kematian

Laporan terbaharu Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) tentang penyakit tidak berjangkit (NCD) merupakan sesuatu yang perlu diberi perhatian. Laporan tersebut memberikan gambaran yang menakutkan tentang kesan penyakit ini terhadap mortaliti manusia di seluruh dunia.

Menurut laporan yang dikeluarkan pada bulan September tahun lepas, NCD merupakan punca utama kematian di seluruh dunia, dan penyebab kepada 41 juta atau lebih 71% daripada kematian dunia yang berjumlah 57 juta pada 2016.

Empat NCD utama telah dikenal pasti sebagai penyebab kepada 54% daripada semua kematian global, atau 79% daripada semua kematian NCD. NCD tersebut ialah penyakit kardiovaskular (17.9 juta kematian), kanser (9 juta kematian), penyakit pernafasan kronik (3.8 juta kematian) dan diabetes (1.6 juta kematian).

“NCD dikenali sebagai penyakit zaman moden dan sebahagian besarnya disebabkan oleh perubahan dalam gaya hidup dan tabiat kita,” kata Ho Swee Lin, pengurus besar Cambert (M) Sdn Bhd.

“Ini terbukti dalam laporan WHO yang menunjuk bahawa penggunaan alkohol, tembakau, tabiat pemakanan dan ketidakaktifan fizikal sebagai risiko tingkah laku utama yang berkaitan dengan NCD.

“Keadaan di Malaysia adalah lebih teruk dengan laporan yang mendakwa bahawa kematian akibat penyakit kardiovaskular menyumbang kepada 35% daripada jumlah kematian di negara ini, lebih tinggi daripada purata global sebanyak 31%,” katanya lagi.

“Kita juga mengamalkan gaya hidup dan tabiat pemakanan yang tidak sihat seperti memakan makanan yang diproses atau yang mempunyai kandungan gula tinggi yang menyebabkan keradangan kronik di dalam badan kita,” katanya.

“Keradangan inilah yang menyebabkan NCD,” SL Ho, pengurus besar kepada syarikat yang mengedar pelbagai makanan kesihatan popular ke farmasi runcit di seluruh negara, menjelaskan, “Itulah sebabnya kami memutuskan untuk memperkenalkan suplemen kesihatan Theracurmin® yang mempunyai rumusan curcumin yang terbukti secara inovatif dan klinikal menggunakan ekstrak Curcuma Ionga, atau lebih dikenali sebagai kunyit.

 

Manfaat Curcumin

Kajian telah menunjukkan bahawa curcumin boleh mematikan aktiviti keradangan utama dalam badan dengan menghalang kompleks protein yang dikenali sebagai NF-kB, atau faktor nuklear kappa-light-chainenhancer sel B diaktifkan, yang dipercayai memainkan peranan utama dalam pelbagai penyakit kronik seperti artritis, penyakit kardiovaskular, kanser, sindrom metabolik, Alzheimer, serta keadaan degeneratif yang lain.

Ini tidak bermakna hanya dengan menambah suplemen kunyit ke dalam diet harian, anda boleh mendapat hasil yang dikehendaki kerana kunyit, dalam bentuk semula jadi, tidak larut di dalam air dan mempunyai tahap penyerapan yang sangat rendah.

“Bukan semua produk curcumin yang terdapat dalam pasaran boleh memberi manfaat yang diingini kerana curcumin, dalam bentuk aslinya, tidak boleh larut secara berkesan di dalam air, dan oleh itu mungkin tidak dapat menghasilkan jumlah yang mencukupi untuk sel dan tisu badan,” kata S.L Ho.

 

Perbezaan Theracurmin Dan Kunyit Biasa

“Theracurmin® berkesan kerana ia dihasilkan melalui proses yang dipatenkan menggunakan teknologi Nano-zarah Jepun yang memanfaatkan sistem granulasi dan penggantungan ultra-halus untuk menukar serbuk kunyit kepada zarah sub-mikron yang digelar curcumin Nano-zarah.

Beliau juga menjelaskan bahawa proses yang digunakan untuk menghasilkan Theracurmin®, membolehkan curcumin diserap dan disimpan selama 24 jam di dalam badan, membolehkan tubuh mendapat perlindungan segera dan lebih lama daripada keradangan.

“Kajian klinikal menunjukkan bahawa Theracurmin® boleh meningkatkan ketersediaan bahan bio-aktif sebanyak 2800% ke atas serbuk kunyit, menjadikannya suplemen tambahan kesihatan yang berkesan terhadap NCD,” katanya.

 

Manfaat Theracurmin®

Theracurmin® juga telah diuji secara klinikal dengan meluas dan terbukti memberi banyak manfaat yang dapat meningkatkan kesihatan seseorang terhadap penyakit berkaitan dengan gaya hidup.

Terdapat juga beberapa laporan yang menunjukkan bahawa mengambil curcumin dalam bentuk Theracurmin® dapat meningkatkan fungsi otak dan menurunkan risiko penyakit yang berkaitan dengan otak dengan meningkatkan tahap faktor neurotropik yang berasal dari otak, atau protein BDNF, yang meningkatkan pertumbuhan neuron baharu di otak.

“Penyelidikan klinikal ke atas Theracurmin® menunjukkan bahawa ia juga meningkatkan fungsi dinding saluran darah yang membolehkan tubuh manusia mengawal tekanan darah dengan lebih baik dan menghalang pembekuan, yang menyebabkan penurunan 65% dalam risiko serangan jantung,” jelas SL Ho, sambil menambah bahawa bahan tersebut juga terbukti berkesan dalam menyekat perkembangan, pertumbuhan dan penularan kanser di peringkat molekul.

Suplemen kesihatan Theracurmin® boleh didapati di semua peruncit dan farmasi terkemuka di seluruh negara. Makanan tambahan ini disediakan dalam bentuk kapsul yang setiap satunya mengandungi 100 gram curcumin, iaitu bersamaan empat sudu besar penuh serbuk kunyit.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker