Ibu dan Anak

Adakah Kanak-Kanak Autisme Memiliki Pemakanan Khusus?

Perkara ini merupakan antara persoalan yang dipertanyakan oleh ibubapa yang memiliki anak menghidap Gangguan Spektrum Autisme (ASD).

Menurut doktor pakar perkembangan kanak-kanak, Dr Subhashini Jayanath belum ada lagi sebarang bukti yang menyatakan sesuatu bahan itu berjaya mengatasi ASD.

Malah Dr Subhashini takut ibubapa akan menepikan makanan lain sehingga kanak-kanak ASD ini akan mengalami kekurangan nutrien dan ini juga tidak baik untuk pertumbuhan normal mereka.

“Terdapat beberapa kanak-kanak ASD ini mengalami isu sensori yang menyebab mereka sangat memilih makanan. Oleh itu apabila ibubapa menghadkan pengambilan makanan kepada mereka, ianya akan menyebabkan mereka kekurangan nutrien,” jelas Dr Subhashini.

Secara kos pula untuk mendapatkan makanan khas bagi kanak-kanak ASD adalah sangat tinggi terutamanya apabila jumlah sumber untuk mendapatinya adalah sedikit.

 

Lebih Fokuskan Terapi Daripada Mencuba Pemakanan Yang Belum Tentu Efektif

Dr Subhashini menasihatkan ibubapa untuk menyalurkan mereka supaya lebih fokus terhadap terapi dan bukannya mencuba pelbagai makanan atau diet yang mungkin atau tidak mungkin membantu mereka.

Bagi ibubapa yang sangat risau tentang kemandirian anak ASD apabila mereka sudah besar nanti, Dr Subhashini terus terang berkata tidak semua orang boleh tinggal secara mandiri tetapi beliau berharap mereka boleh bergaul dengan lebih mudah dengan masyarakat.

 

Nasib Kanak-Kanak ASD Apabila Dewasa

Semua ini sebenarnya berdasarkan tahap fungsi pekerjaan dan interpersonal mereka. Maka tidak hairanlah seuatu hari nanti mereka sendiri mampu membina kerjaya mereka sendiri.

Malah terdapat juga orang yang belum pernah didiagnosis sebagai ASD tetapi kini lebih sedar tentang perkara ini dan menjalankan terapi.

Namun Dr Subhashini tidak menafikan terdapatnya kemungkinan diagnosis terlebih berlaku dan mereka sedang mencari jalan terbaik serta harus melalui beberapa proses sehingga mereka betul-betul pasti untuk melabelkan seseorang itu memiliki ASD.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker