Ibu dan Anak

Adakah Anak Saya OKU Jika Mengidap Autisme?

Kemungkinan besar terma OKU untuk ibubapa yang memiliki anak autisme ini adalah sesuatu yang berat untuk diterima. Walau bagaimanapun, setelah anak autisme didiagnosis mengidap autisme mereka boleh diberikan kad OKU.

Kad ini sebetulnya adalah seperti pasport untuk membolehkan mereka menerima beberapa perkhidmatan yang ditawarkan oleh kerajaan.

Ia adalah penting untuk ibubapa yang memiliki anak yang mengidap Gangguan Spektrum Autisme (ASD) tahu bahawa kanak-kanak ASD boleh melarat mengikuti peredaran masa jika tidak dirawat dan melalui terapi dengan segera.

 

Boleh Dapat Perkhidmatan Percuma Dengan Kad OKU

Terapi di pusat yang dikendalikan oleh kerajaan adalah percuma dengan adanya kad OKU atau kanak-kanak yang berdaftar dengan sekolah kerajaan.

Jika terapi ini menghasilkan output yang baik, dan apabila kanak-kanak ini sudah tidak memenuhi kriteria sebagai ASD, doktor boleh menulis surat kepada Jabatan Kebajikan Masyarakat untuk menyah-daftarkan kanak-kanak itu daripada memegang kad OKU jika ibubapa khuatir tentang stigma masyarakat.

 

Boleh Mendapat Tawaran Mengikuti Sekolah Istimewa

Proses bantuan awal oleh kerajaan, selalunya kanak-kanak ASD akan diberikan tawaran untuk mengikuti sekolah istimewa melalui Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) dan Program Pendidikan Inklusif (PPI) melalui 2000 sekolah kebangsaan.

Kanak-kanak yang memasuki program PPKI ini adalah mereka yang terlibat dengan ASD dan belajar di sekolah harian seperti pelajar biasa tetapi dalam kelas yang berlainan. Manakala kanak-kanak yang mengikuti program PPI pula digabungkan dalam kelas pelajar biasa.

Terdapat juga pusat pemulihan komuniti untuk kanak-kanak dan dewasa dengan pelbagai kekurangan termasuk ASD. Mereka selalunya memerlukan bantuan dari aktviti asas kehidupan.

 

Pusat Permata Kurnia Untuk Kanak-Kanak Di Bawah 6 Tahun

Selain itu juga kerajaan juga memiliki kemudahan di Pusat Permata Kurnia yang terletak di Sentul, Kuala Lumpur sejak tahun 2015. Di sini mereka memberi pendidikan kepada kanak-kanak khusus ASD bagi mereka yang berusia di bawah enam tahun.

Di pusat ini mereka memfokuskan kanak-kanak supaya boleh bersekolah di sekolah aliran utama apabila mereka beranjak memasuki zaman persekolahan.

Mereka yang ingin mengikuti program ini perlulah mendapatkan surat rujukan daripada pihak hospital terlebih dahulu.

 

Genius Tapi Harus Seimbang Dalam Mendidik

Bagi kanak-kanak yang memiliki ASD yang lebih ringan dan boleh memasuki sekolah aliran utama berdasarkan merit mereka sendiri, mereka mungkin akan mengalami sedikit kesukaran dari segi cara bersosial. Oleh itu, kebanyakan daripada mereka memerlukan sokongan dari pihak sekolah. Contohnya guru berpendidikan khas yang boleh duduk bersama mereka ataupun peneman.

Jika di lihat dari segi IQ, kebanyakan kanak-kanak ASD memeiliki IQ di paras sederhana manakala 20% lagi memiliki kemahiran di aras tinggi ataupun ‘genius‘. Mereka yang genius ini boleh dilihat kebolehan mereka pada awal perkembangan.

“Jika mereka memiliki kemahiran luar biasa (genius) ini, dan ibubapa mahu menyokong kebolehan mereka itu adalah sangat digalakkan namun saya sentiasa menasihati ibubapa supaya jangan berlebihan sehingga perkara asas yang mereka perlu tahu seperti penjagaan diri dan kemandirian diabaikan,” kata Dr Subhashini, pakar perkembangan kanak-kanak kepada TheStar.

 

 

Sumber Imej Terencana: detikperubahan

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker