SukanTeknologi

#XPAXKEK Melabuh Tirai – Tahniah Kepada Pemenang!

Setelah hampir 3 bulan menjelajah ke seluruh negeri, akhirnya Kejohanan E-Sukan Kampus #XPAXKEK Semester 1 melangsungkan acara kemuncaknya di Sunway Pyramid Ice Skating Rink pada 26 dan 27 April yang lalu.

#XPAXKEK merupakan kejohanan e-sukan antara dalam 3 pertandingan iaitu Mobile Legends: Bang Bang, Dota 2 dan PES 2019.

Ia merupakan acara yang ditaja oleh Celcom Xpax dengan kerjasama bersama MyGameOn, Kitamen, Predator dan Sades serta Media Prima selaku rakan rasmi.

Bermula seawal Februari lalu, pencarian finalis peringkat akhir dilakukan di lima zon berbeza iaitu Zon Sentral (KL, Selangor, Putrajaya), Zon Selatan (Negeri Sembilan, Melaka, Johor),  Zon Timur (Pahang, Terengganu, Kelantan), Zon Utara (Perak, Pulau Pinang, Kedah, Perlis) dan Zon Borneo (Sabah, Sarawak, Labuan).

3 pasukan terbaik berdasarkan skor bagi setiap zon seterusnya akan beraksi di peringkat akhir dan sekaligus memenangi hadiah wang terkumpul sebanyak RM180,000.

Berikut merupakan pemenang bagi setiap pertandingan yang dipertandingkan.

E-UKM FC (UKM Bangi), GLHF (UniSEL), FYP Fighters (UniKL Mitec Pasir Gudang) | Foto oleh MyGameOn

PES 2019:
Johan  – E-UKM FC (UKM Bangi)
Naib Johan  – GLHF (UniSEL)
Ketiga – FYP Fighters (UniKL Mitec Pasir Gudang)
Keempat – UTeM Knight (UTeM Melaka)

Kisa (IIUM Kuantan), Geng Bas Sekolah (MMU Melaka), UTeM Tuah (UTeM) | Foto oleh MyGameOn

DOTA 2:
Johan: Kisa (IIUM Kuantan)
Naib Johan: Geng Bas Sekolah (MMU Melaka)
Ketiga: UTeM Tuah (UTeM)
Keempat: UNIMAS E-Sports (UNIMAS)

Ultra Instinct (UKM), UMSKAL E-Sports (UMSKAL), Team PYRO (Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah) | Foto oleh MyGameOn

Mobile Legends: Bang Bang
Johan: Ultra Instinct (UKM)
Naib Johan: UMSKAL E-Sports (UMSKAL)
Ketiga: Team PYRO (Politeknik Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah)
Keempat: Invictus Gaming PKB (Politeknik Kota Bharu)

Juara Keseluruhan (Universiti) – Universiti dengan kumpulan mata yang paling tinggi dalam ketiga-tiga permainan
Johan: Universiti Malaysia Sabah (UMS)
Naib Johan: Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM)
Ketiga: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)
Keempat: International Islamic University Malaysia (IIUM Kuantan)

Sumber: MyGameOn

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker