BudayaGaya Hidup

Beliau Yang Beragama Hindu Tetapi Telah Membina Rumah Untuk Sebuah Kubur Islam..

Di sebuah gudang yang dimiliki oleh seorang ahli perniagaan bernama Bachoo Singh, terdapat sebuah petak kubur yang dipercayai merupakan kubur seorang wanita bernama Syarifah Zainah Alhabshi.

Bachoo Singh yang membina gudang tersebut pada tahun 1949 telah membeli tanah tersebut melalui perniagaannya, Indo-Australian Trading Company.

Beliau yang memiliki banyak tanah pada ketika itu selalunya akan membangunkan sesuatu pada tanah miliknya jika terdapat keperluan melakukannya.

Apabila beliau melihat terdapat kubur di atas tanah yang ingin beliau membina gudang, beliau telah memutuskan untuk mendirikan ruang atau bilik khusus untuk memastikan kubur tersebut disemadikan dengan rapi.

“Walaupun kubur tersebut berada pada sudut yang aneh, ayah saya menghormati semua agama dan telah menunjukkannya melalui reka bentuk kemudahan yang dibina,” cerita anak kepada Bachoo Singh yang kini berusia 72 tahun kepada The Straits Times.

“Beliau merupakan penganut agama Hindu dan ini merupakan makam orang Islam, ayah saya membina bilik dengan tingkap serta bumbung di atasnya sebagai tanda hormat kepada yang telah meninggal,” kenang Bachoo Mohan Singh yang juga merupakan seorang peguam.

 

Kubur Zaman Pra Perang Dunia Ke-2

Rekod kerajaan telah menunjukkan bahawa makan orang Islam tersebut merupakan makam pada zaman sebelum era Perang Dunia Ke-2 bagi penduduk berdekatan sungai Kallang dan ia adalah makam Syarifah Zainah yang dipercayai memiliki hubungan dengan keluarga Aljuneid.

Keluarga Aljuneid ini merupakan pedagang berasal dari Palembang, Indonesia yang telah datang ke Singapura selepas British tiba untuk membina posnya di situ pada tahun 1819.

Kajian Mendapati Kubur Tersebut Merupakan Keturunan Orang Ternama

Pada bulan Mac yang lalu, kerajaan Singapura mahu menggali kubur yang kini menjadi sebahagian daripada gudang milik Bachoo Singh itu tetapi cadangan tersebut telah ditangguh apabila komuniti warisan telah menggali dan menemukan faktor signifikan terhadap kubur tersebut.

Dr Imran Tajudeen dari Jabatan Seni Bina, National University of Singapore telah mendapatkan dana awam untuk mengetahui informasi lebih lanjut tentang kubur yang terdapat di gudang tersebut.

Melalui kajian yang dilakukan, didapati wanita yang telah dikubur di kawasan tersebut merupkan keturunan dari seorang pengamal terkenal bernama Habib Noh (Syed Noh Bin Syed Muhammad Al-Habsyi), iaitu tokoh Islam terkemuka Singapura pada abad ke-19.

Pemilik Tanah Sering Dikenali Sebagai Orang Yang Menghormati Kaum & Agama Lain

Bapa kepada Bachoo Mohan Singh yang telah membina bilik untuk kuburnya Syarifah ini sering dikenali sebagai seorang yang menghormati agama dan kaum lain.

Beliau juga telah memberi dana dan membina sebuah kuil Cina kecil bernama Sin Choon Huat Temple pada tahun 1957 untuk komuniti yang tinggal di kawasan kampung yang majoritinya orang Melayu yang mana keluarga Sing juga tinggal.

Bachoo Singh yang telah datang ke Singapura dari Gorakhpur, Uttar Pradesh, India pada tahun 1920an ini juga telah menggalakkan komuniti India Hindu Utara untuk meningkatkan kewangan mereka dan memberi sebuah tanah di Jalan Chander pada tahun 1930an dan bantu dalam pembinaan Kuil Shree Lakshminarayan.

Sewaktu perang berlaku, beliau yang memiliki empat orang anak telah menjalankan perniagaan minyak bijan yang kemudiannya membina tanah yang juga terdapat kubur Alm. Syarifah daripada Malayan Planters Provident Fund Board pada tahun 1949.

Tanah yang dibelinya itu termasuk sebuah rumah dan kandang lembu. Beliau kemudiannya mendirikan gudang tersebut untuk menyimpan stok barangan import terutamanya tali jerami dari Indonesia dan bijirin dari Australia.

Namun begitu mengikut rekod tanah, syarikat perdagangan Indo-Australian itu telah “menyerahkan” tanah miliknya itu kepada British pada tahun 1953.

 

Menghormati Isteri dan Anak Yang Memilih Untuk Beragama Lain

Menurut anaknya, bapanya itu merupakan seorang penganut Hindu yang taat manakala ibunya merupakan orang berketurunan Cina yang menganut ajaran Tao serta Kristian. Walaupun mereka berdua berlainan agama tetapi bapanya sentiasa menghormati agama ibunya dan begitu juga sebaliknya.

“Kedua ibu bapa saya tidak pernah memaksa saya untuk beragama tetapi kami dihantar untuk bersekolah di sekolah Kristian,” kenang Bachoo Mohan Singh.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker