Bisnes & Ekonomi

Inilah Cara Mereka Membantu Orang Ramai Menjadi Pemimpin Maju

Melihat masih terdapat komuniti yang terjebak dalam kemiskinan dan buntu tidak tahu jalan penyelesaian dalam kehidupan sehingga putus harapan, pendiri Leaderonomics.com yang pada ketika itu memegang jawatan kanan di sebuah organisasi global terdetik untuk cuba membantu mereka berkembang maju.

 

Beliau pun meneruskan niatnya itu dengan membuat kajian rambang dan penelitian mendalam untuk mencari jawapan kepada permasalahan ini.

 

Roshan Thiran, pelopor Leaderonomics bersama beberapa orang rakan yang memiliki niat dan jalan pemikiran yang sama, mereka menubuhkan Leaderonomics.com, yang memfokuskan pembangunan kepimpinan professional dan peribadi.

Dari Bahasa Inggeris Kini Disajikan Dalam Bahasa Melayu Juga

Sebelum ini mereka memfokuskan penyampaian dalam Bahasa Inggeris dan kini mereka yang sudah berusia lebih 10 tahun telah meluaskan portal pembangunan kepimpinan mereka dalam Bahasa Melayu untuk menerapkan lagi modal kepimpinan dalam kalangan masyarakat yang lebih selesa memahami sesuatu dalam Bahasa Melayu.

Portal ini muat dengan perkongsian amalan profesional dan peribadi yang terbaik oleh pakar-pakar kepimpinan; tanggapan dan arah aliran kepimpinan oleh ketua-ketua pegawai eksekutif, pemimpin fikiran dan pemimpin sumber manusia; di samping kisah kejayaan sebenar individu yang mengamalkan kepimpinan transformatif dalam kehidupan harian.

Kandungan Kepimpinan Percuma Untuk Semua

Kandungan kepimpinan ini boleh diperolehi secara percuma dalam bentuk artikel, video dan podcast, dan juga disebarkan melalui rangkaian media sosial termasuk Facebook.

“Kami berharap usaha kami ini akan membantu memenuhi keperluan pembangunan kepimpinan peribadi dan profesional warga penutur bahasa Malaysia dan Melayu serumpun yang lain, kata Roshan.

Menurut Roshan, kepimpinan berkesan amat penting lebih-lebih lagi Malaysia yang sedang membangun dengan pesat.

“Kami percaya bahawa sesebuah bangsa akan mampu bergerak maju dan mempunyai daya saingan yang kuat jika warganya mempunyai sifat-sifat kepimpinan yang kukuh. Inilah harapan kami untuk bangsa dan negara Malaysia,” kata Roshan.

Generasi pemimpin semasa bakal diganti oleh generasi muda. Rata-rata, golongan muda ini, yang akan menerajui negara, organisasi dan komuniti, fasih berbahasa Malaysia.

“Kami berharap usaha kami ini akan berjaya mendorong golongan muda untuk menghayati kepentingan kepimpinan. Moga-moga mereka akan mula mengamalkan sifat-sifat kepimpinan yang utuh demi pembangunan nusa dan bangsa,” tambah beliau.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker