AntarabangsaIsu Semasa

Daripada Bodyguard Raja, Jeneral Suthida Kini Permaisuri Thailand

Istiadat pertabalan rasmi Raja Thailand, Raja Maha Vajiralongkorn yang telah menaiki takhta selama lebih dari dua tahun, akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini.

Apa yang Vajiralongkorn, juga dikenali sebagai Raja Rama X, raja ke-10 dari dinasti Chakri, akan lakukan dengan kuasa dan pengaruh pemberian status yang dihormati masih tidak jelas.

Rabu lalu, Raja berusia 66 tahun itu tiba-tiba mengumumkan pernikahan keempatnya dengan seorang bekas pramugari syarikat penerbangan yang kemudiannya bertugas sebagai pengawal peribadi istana.

Related image

Ratu Suthida, bekas timbalan ketua pengawal kerajaan Thailand, membuat penampilan umum pertamanya pada hari Khamis di sebelah Raja Rama X, hanya beberapa hari sebelum istiadat pertabalannya.

Istana Thailand mengumumkan lewat hari Rabu bahawa Raja Maha Vajiralongkorn telah berkahwin dengan kenalan lamanya, Suthida Vajiralongkorn na Ayudhya dan menjadikannya Permaisuri Thailand.

Pada hari Khamis, Ratu Suthida dilihat berlutut bersama raja ketika mereka menghormati patung raja-raja dinasti Chakri di kawasan bersejarah Bangkok.

Thailand yang mengamalkan undang-undang lese-majeste melarang perbincangan mengenai monarki dan media sosial tidak menghebahkan berita pernikahan terbabit.

Suthida telah mengiringi Raja Vajiralongkorn pada acara-acara umum sebagai sebahagian daripada tugas pengawal keselamatan peribadinya untuk beberapa tempoh.

Beliau diberi pangkat “Jeneral” pada 2016 dan pada Jun 2017, Suthida dilantik sebagai timbalan komander diraja Pengawal Raja.

Image result for queen suthida

Foto Suthida menyembah hormat suaminya pada majlis perkahwinan mereka di Istana Dusit telah digunakan secara meluas di halaman depan akhbar pada Khamis.

Vajiralongkorn memakai pakaian seragam putih dan Ratu Suthida mengenakan pakaian tradisional Thailand berwarna merah jambu.

Vajiralongkorn, yang telah berkahwin sebanyak tiga kali, sering berada di luar negara terutama di Jerman dan merahsiakan kehidupan peribadinya dari pengetahuan awam.

Istiadat pertabalan terakhir dilangsungkan pada tahun 1950 untuk ayah Vajiralongkorn, Raja Bhumibol Adulyadej yang memerintah selama 70 tahun sebelum mangkat pada tahun 2016.

Ratu Suthida dijangka mengambil bahagian dalam istiadat pertabalan rasmi Vajiralongkorn dan mungkin menerima gelaran diraja berdasarkan tradisi lama di mana raja baru akan memberikan gelaran kepada ahli keluarga.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button
Close