Sukan

Jaringan Messi Memukau Sehingga Lineker & Ferdinand Tidak Dapat Menahan Kegembiraan

Perlawanan bola sepak di antara pasukan Liverpool dan Barcelona pada pagi tadi telah mengecawakan ramai peminat pasukan ‘You’ll Never Walk Alone’ ini.

Namun bagi peminat pasukan bola sepak yang lain, mereka gembira melihat kegagalan Liverpool di tangan Barcelona sehinggakan kecoh aksi Rio Ferdinand dan Gary Lineker bersorak dengan penuh kegembiraan diwajah mereka sebaik Lionel Messi menjaringkan sepakan percuma yang penuh sensasi di separuh akhir pertama Liga Juara-Juara yang berlangsung di Nou Camp.

Menerusi video dimuat naik bekas pemain pertahanan Manchester United itu, dia benar-benar gembira dengan kekalahan dialami Liverpool.

Malah Ferdinand sempat menepuk meja manakala Lineker menjulang kedua-dua tangannya ke atas meraikan jaringan yang dilakukan oleh pemain Argentina berusia 31 tahun itu.

Mereka melompat-lompat menjerit serta berpelukan selama beberapa saat sambil sebelum kembali mengawal emosi diri.

Lineker, 58, bekas penyerang Barcelona melihat ke arah skrin sebelum menjerit “wow” manakala Ferdinand menekup mulut kerana terkejut melihat Messi melakukan sepakan lencong melepasi benteng pertahanan melepasi jangkauan penjaga gol, Alisson di penjuru gawang.

Ferdinand mengatakan pemain skuad Liverpool tidak akan dapat tidur lena selepas tewas pada perlawanan itu.

Rakan pengulas, Luis Garcia yang tidak percaya dengan jaringan itu meletakkan kedua-dua tangan di kepalanya.

Lineker mencapai telefon bimbit mereka sebelum membuat tweet: “WOW! Just Wow. Messi menjaringkan gol ke-600 untuk @FCBarcelona dengan sepakan percuma terbaik yang boleh anda lihat.

“Genius bertubuh kecil itu menafikan logik.”

Dia turut meletakkan emoji dua ekor kambing putih di Twitternya.

Messi menyumbat dua gol selepas Luis Suarez menolak masuk gol pembukaan berdepan bekas pasukannya.

Keputusan itu meletakkan Barca kini sebelah kaki untuk beraksi pada final di Madrid, Jun depan.

Kelab Catalan itu kelihatan hampir pasti mengesahkan tempat pada separuh akhir kedua di Anfield, minggu depan.

Walau bagaimanapun, bintang sensasi Barcelona yang juga merupakan ketua pasukan Barca memberi amaran epada rakan sepasukannya kemenangan 3-0 ke atas Liverpool pada separuh akhir pertama, awal pagi tadi di Nou Camp belum menjamin tempat mereka di pentas final Liga Juara-Juara (UCL).

Jelasnya, cabaran lebih besar bakal menanti pasukannya di Anfield pada aksi separuh akhir kedua 8 Mei nanti.

“Lebih bagus jika dapat menang 4-0 berbanding 3-0 tapi ia satu keputusan yang amat baik.

“Ia belum muktamad, kami akan ke sana berdepan satu suasana yang agak rumit, dengan sejarah hebat,” kata bintang Argentina itu.

Bercakap tentang jaringan ke-600 Messi, beliau berkata, “Amat menarik apabila bola itu masuk tapi saya bertuah kerana bola itu menuju ke penjuru gol.”

Dalam masa sama, Messi tidak mahu menerima pujian terlalu tinggi selepas membantu pasukan memenangi perlawanan tersebut, sebaliknya menyifatkan kemenangan ini hasil kerjasama semua pihak termasuk penyokong.

“Kami perlu lebih bersatu berbanding biasa, semua bersatu hati, pasukan, penyokong. Seperti dikatakan pada awal musim kami akan cuba memenanginya bersama,” jelasnya.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker