Teknologi

Kamera 4 Lensa Huawei P30 Yang Mengagumkan

Sekali lagi Huawei berjaya ‘menarik perhatian dunia’ dengan telefon pintar terbarunya, Huawei P30 Pro dengan mempromosikan kamera telefon pintar terbaik di dunia buat masa ini.

Dilancarkan Mac lalu, P30 Pro telah dilihat mampu mengatasi keupayaan kamera telefon-telefon pintar ‘flagship’ Samsung dan Apple seperti S10+ dan XS Max.

Dengan binaan Lensa Leica Optics, P30 Pro memberikan keupayaan yang mengagumkan dalam fotografi yang lebih semulajadi.

P30 Pro dibina dengan 3 lensa kamera di belakang iaitu; 40MP f/1.6 lensa biasa, 20MP f/2.2 lensa lebar dan 8MP f/3.4 lensa telefoto dengan 5x zoom optikal.

Kredit imej: Android Authority

Bercakap mengenai lensa telefoto P30 Pro, ia mampu mengambil gambar zoom secara optikal dengan begitu terperinci biarpun subjek berada terlalu jauh.

Kredit imej: Mrwhosetheboss

Kamera ini juga membantu dalam memberikan imej yang lebih jelas dalam keadaan gelap dengan ‘noise’ gambar yang minimal.

Kredit imej: Mrwhosetheboss

Untuk penggambaran potrait, kesan bokeh terhasil dengan kadar yang semulajadi dengan bantuan yang minimal daripada A.I.

Kredit imej: Trusted Review

Namun, kamera hadapan untuk ‘selfie’ di bantu oleh A.I. Walaupun bagaimanapun, kesan penggambaran masih boleh dikatakan semulajadi tanpa kesan ubahsuai yang ketara.

Untuk mod video, P30 Pro mampu bersaing dengan kamera profesional seperti DSLR dengan resolusi sehingga 2K dan 960 fps.

Ia turut disokong penstabilan imej yang baik dengan kualiti video yang lebih stabil untuk penggambaran yang menggunakan aksi yang banyak.

Beberapa pengulas media sosial rata-rata berpuas hati dan tertarik dengan hasil foto P30 Pro namun masih terdapat beberapa imej tidak dihasilkan dengan baik mengikut kadar lokasi dan pencahayaan.

Ringkasan Spesifikasi:

  • Saiz skrin: 6.47 inci (88.6% ratio)
  • Chipset: HiSilicon Kirin 980
  • Memori: 128/256/512 GB dengan 8GB RAM – Penambahan memori Nano Memory sehingga 256GB
  • Bateri: 4200 mAh (dengan pengecasan pantas)
Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker