Bisnes & Ekonomi

Dah Bersara Tapi Masih Mahu Bekerja? Mereka Akan Mencarikannya Untuk Anda..

Selalunya setelah umur persaraan tiba, secara umumnya kita fikir mereka akan memilih untuk rehat di kampung, berkebun dan sebagainya tetapi terdapat juga golongan pesara ini yang sudah terbiasa bekerja sehingga rasa bosan dengan hanya duduk rumah, menonton televisyen dan sebagainya.

Melihat kepada terdapatnya peluang bagi orang yang bersara menyumbangkan pengalaman mereka kepada sektor pekerjaan dan terdapat kesukaran untuk pesara ini mendapatkan kerja ditempat yang memerlukan perkhidmatan mereka setelah bersara, dua wanita mengambil peluang ini untuk menjadi orang tengah kepada kedua pihak ini.

Sharmila SInnathurai dan Jasmin Amirul Ghani yang merupakan rakan sekerja dalam sebuah syarikat perundingan dan mahukan sesuatu yang baharu telah memulakan perniagaan ‘start-up’ ini pada 2017 dan menamakannya Hire. Seniors.

 

Cerita Disebalik Mendirikan Syarikat Memberi Peluang Pekerjaan Kepada Warga Emas

“Saya melihat kedua ibubapa saya yang telah memulakan perniagaan sebaik sahaja memasuki alam persaraan supaya minda mereka kekal aktif.

Namun pada masa yang sama saya juga melihat saudara saya ada yang tinggal di rumah sepanjang hari dan lama-kelamaan mereka kelihatan kurang sihat.

Oleh itu kami mahu melakukan sesuatu untuk golongan ini dan perkara pertama yang muncul dalam fikiran kami ialah mencari peluang pekerjaan yang baharu untuk mereka,” jelas Jasmin kepada TheStar.

Survei: Betul Ke Warga Emas Nak Bekerja Lagi?

Sebelum mewujudkan idea ini, mereka mengadakan kajian sedikit sama ada adakah benar para pesara mahu kembail bekerja setelah bersara dan adakah syarikat memberikan peluang kepada golongan ini.

Mereka telah berkomunikasi dengan sebuah komuniti atas talian bernama Seniors Aloud yang terdiri daripada 500 orang pesara dan idea mereka untuk mencari peluang pekerjaan bagi para pesara ini disambut baik namun mereka meragui terdapat syarikat yang mahu memberi mereka pekerjaan.

Ada juga warga pesara yang tidak yakin kerana masyarakat telah melabel mereka dengan perkataan ‘terlalu tua’ untuk bekerja. Walau bagaimanapun, Sharmila dan Jasmin telah meyakinkan mereka bahawa mereka masih muda jika memiliki kemahuan yang tinggi untuk terus bekerja.

Peluang Bekerja Separuh Masa Untuk Para Senior

Apabila Sharmila dan Jasmin menghubungi syarikat korporat kenalan mereka dan juga pengurus sumber manusia, mereka mendapati idea mereka berdua adalah sesuatu yang baik tetapi kebanyakan daripada mereka tidak mahu  untuk menukarkan struktur pengambilan pekerjaan mereka yang membolehkan para pesara untuk bekerja secara sepenuh masa.

Oleh itu 70% pesara yang diambil bekerja melalu Hire.Seniors mahu mengambil mereka untuk bekerja secara separuh masa sahaja.

Menurut Sharmila dan Jasmin juga kebanyakan daripada pesara ini tidak mahu bekerja sepenuh masa dan pada masa yang sama kebanyakan syarikat tidak memiliki mekanisme untuk mengambil pekerja separuh masa. Oleh itu mereka berdua mahu mencari titik temu untuk kedua belah pihak.

“Ia memakan masa yang lama untuk mencuba dan mengubah pola pemikiran syarikat dan majikan tetapi kami sedang mencuba,” kata Jasmin yang optimis.

Bajet 2019 Dan Perdana Menteri Dari Golongan Ini Banyak Membantu Mereka

Dengan pengumuman Bajet 2019 oleh pihak kerajaan yang bakal memberi pelepasan cukai untuk syarikat yang mengambil warga emas/pesara pekerja dengan gaji tigak melebih RM4,000 sebulan, Jasmin dan Sharmila melihat ia akan memberi mereka peluang yang baik untuk mendapatkan pekerjaan bagi warga pesara ini.

“Saya rasa ia berbaloi apabila kita juga memiliki Perdana Menteri daripada golongan ini,” kata Sharmila.

Dalam kajian yang dilakukan oleh Universiti Malaya, daripada 518 warga emas/pesara Malaysia yang dibanci, 70% telah menyatakan bahawa mereka akan terus bekerja selagi mental dan fizikal mereka mengizinkannya.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker