Isu SemasaTempatan

Platform E-dagang Boleh Turunkan Harga Barang?

Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) akan mencari jalan untuk mempromosikan penggunaan e-dagang dengan lebih meluas dalam usaha menurunkan harga barang.

Menterinya, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, kos sara hidup boleh dikurangkan dengan memperkukuhkan lagi penggunaan platform e-dagang.

“Saya bertekad untuk membantu pengguna dengan mengurangkan kos sara hidup, dan cara untuk melakukannya adalah dengan meningkatkan efisiensi.

“Satu cara adalah dengan meluaskan penggunaan e-dagang, di mana ia boleh mengurangkan pelbagai lapisan model perniagaan.

“Lihat pada Amazon, ia menghubungkan pengeluar dan pengguna. Apabila rangkaian (bekalan) dikurangkan, kita boleh lihat bahawa harga produk terakhir adalah yang akan memuaskan hati semua pihak,” katanya.

Jika hendak dibandingkan dengan kejayaan syarikat Alibaba yang dimiliki oleh Jack Ma, Saifuddin menyatakan bahawa perjalanan Malaysia masih jauh lagi dari segi e-dagang walaupun Malaysia pernah mendahului China dalam ekonomi digital.

“Kira-kira 30% rakyat Malaysia adalah pengguna Internet ketika Multimedia Super Corridor dilancarkan pada tahun 1998.

“Ma memulakan Alibaba pada 1999 ketika hanya 1% rakyat China menjadi pengguna Internet. Kita bermula sebelum Jack Ma dan kita berada di tiga langkah ke hadapan, tetapi kini Singles Day (Alibaba) mencatatkan jualan bernilai kira-kira AS$20 bilion (RM82.6 bilion) dan menghantar jutaan barangan secara global,” ujar beliau.

Justeru, langkah seterusnya yang akan diambil oleh KDPNHEP adalah mempertimbang cara-cara untuk menggunakan platform-platform e-dagang bagi mempromosikan perdagangan domestik dan memanfaatkan pengguna.

Sebuah lagi aspek yang akan diberi fokus adalah meningkatkan kesedaran dan sokongan pengguna dalam e-dagang.

Jelas Saifuddin, kerajaan juga akan membuat laporan tentang rangkaian bekalan barangan dalam negara, memandangkan penemual awal menunjukkan bahawa harga barang meningkat sehingga 133% pada satu peringkat dalam rangkaian bekalan.

“Daripada analisa ke atas 10 barang, kita tahu bahawa terdapat barang yang diimport dan pengimport boleh mengenakan margin sehingga 133% kepada pemborong.

“Daripada pemborong sehingga pengedar, terdapat mereka yang meningkatkan harga pada 60% sehingga 70%. Adakah ini wajar? Kita perlu tanya mereka – berapa banyak kos utiliti mereka, pendapatan dan kos pengangkutan?,” kata Saifuddin.

Tegas beliau, walaupun tiada undang-undang yang menyatakan margin boleh diambil, masih terdapat Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker