AntarabangsaIsu Semasa

Amerika Syarikat Mempunyai “Niat Jahat” – Kim Jong Un

Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un baru-baru ini menuduh Amerika Syarikat (AS) bertindak dengan “niat jahat” ketika sidang kemuncak kedua bersama Presiden Donald Trump di Hanoi, Vietnam pada Februari lalu.

Perkara tersebut didedahkan oleh Kim ketika sidang kemuncak pertamanya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin pada Khamis, 25 April 2019 di Vladivostok.

Beliau juga menyifatkan pertemuan dengan Putin sebagai “terbuka dan mesra.”

Dalam pada itu, Kim juga menggesa agar Setiausaha Negara AS, Mike Pompeo ‘dibuang’ daripada rundingan denuklearisasi kerana bersikap seperti ‘samseng’.

Pompeo turut dikatakan sengaja melewat-lewatkan proses rundingan.

Kim menjelaskan bahawa “keadaan di Semenanjung Korea dan wilayah itu kini tegang dan telah mencapai tahap kritikal.”

Pemimpin Pyongyang tersebut turut memberi amaran keadan boleh kembali “seperti asal” memandangkan AS bertindak secara unilateral (satu pihak sahaja) dengan niat yang jahat di sidang kemuncak DPRK-AS di Hanoi.

DPRK merujuk kepada nama rami Korea Utara, iaitu Democratic People’s Republic of Korea.

Pertemuan di Hanoi menyaksikan kegagalan kedua-dua pihak untuk memeterai sebarang perjanjian.

Difahamkan, Korea Utara menuntut agar sekatan ekonomi yang dikenakan oleh AS ke atasnya ditarik semula, tetapi Kim tidak bersetuju dengan syarat yang ditetapkan Washington.

Sementara itu, Putin menegaskan bahawa Korea Utara memerlukan “jaminan keselamatan dan pemeliharaan kedaulatannya.”

“Kita perlu kembali semula ke satu keadaan di mana undang-undang antarabangsa, bukan undang-undang (negara) yang terkuat, dalam menentukan situasi seluruh dunia,” ujar Presiden Rusia itu.

Daripada sidang kemuncak Kim dan Putin, kedua-dua pihak dilaporkan sebulat suara bersetuju bahawa pertemuan mereka itu boleh membantu dalam “mengawal situasi yang sedang tidak stabil” di semenanjung Korea berikutan kegagalan sidang kemuncak kedua Korea Utara-AS di Vietnam.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button