Sukan

Semoga Cepat Sembuh Datuk Lee Chong Wei!

Setelah diberitakan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei tidak disenaraikan dalam skuad Piala Sudirman yang akan berlangsung di Nanning bermula 19-26 Mei ini, pemenang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu dilihat akan berdepan kesukaran untuk layak ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 jika gagal kembali menjelang Ogos ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM), Datuk Ng Chin Chai berkata keputusan untuk tidak menyenaraikan pemegang tiga pingat perak Sukan Olimpik itu ke kejohanan berpasukan itu adalah atas nasihat doktor.

“Doktor yang merawatnya menasihatkannya untuk meneruskan proses pemulihan dan jangan letakkan tekanan ke atas dirinya.

“Ketika ini, kesihatan adalah perkara paling penting buat Chong Wei,” katanya ketika ditemui di Akademi Badminton Malaysia, Bukit Kiara.

Kali terakhir pemain berusia 37 tahun itu beraksi ialah pada Terbuka Indonesia tahun lalu dan selepas menjalani rawatan pemulihan kanser, beliau belum pernah lagi menyertai sebarang kejohanan.

Buat masa ini Persekutuan Badminton Dunia (BWF) memberi ‘perlindungan’ kepada ranking Chong Wei selepas beliau disahkan menghidap kanser hidung, namun ia hanya bertahan untuk tempoh setahun.

Datuk Lee Chong Wei yang kini berada di tangga ke-77 ranking dunia dijangka akan terkeluar daripada senarai 100 terbaik menjelang hujung bulan ini dengan proses mengumpul mata kelayakan Olimpik akan bermula 1 Mei depan di Terbuka New Zealand.

Pengerusi Jawatankuasa Kejurulatihan dan Latihan BAM, Datuk Ng Chin Chai pula tidak dapat memberi jaminan bahawa Chong Wei akan kembali beraksi dalam tempoh terdekat ini kerana dia masih menjalani proses pemulihan.

“Kita serah perkara ini kepada Chong Wei dan doktornya. Kami akan sentiasa memberikan sokongan.

“Buat masa sekarang belum ada keputusan bila dia akan kembali dan kami di BAM juga tidak mendaftarkan namanya ke mana-mana kejohanan setakat ini,” kata Chin Chai.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker