AntarabangsaIsu Semasa

Jika Kanada Tidak Lakukan Satu Perkara Ini, Filipina Pertimbang Isytihar “Perang”

Presiden Filipina, Rodrigo Duterte baru-baru ini memberi amaran kepada Kanada untuk mengambil semula bertan-tan sampah yang dibawa masuk ke Manila secara haram atau berdepan risiko “peperangan”.

Filipina telah mendesak Kanada untuk mengambil balik sejumlah besar bekas kontena sampah yang dihantar ke negara itu pada tahun 2013 dan 2014.

Difahamkan, sampah-sampah tersebut didakwa mengandungi sisa toksik.

Walau bagaimanapun, kerajaan Kanada berkata bahawa ia tidak mempunyai kuasa untuk memaksa syarikat-syarikat persendirian untuk memulangkan semula penghantaran berkenaan ke negaranya.

Dalam satu kenyataan, Duterte menyatakan bahawa beliau tidak peduli jika pendirian tegasnya berhubung isu sampah ini akan menyebabkan Filipina dan Kanda menjadi musuh.

“Saya mahu sebuah bot disediakan. Saya akan memberi amaran kepada Kanada minggu depan bahawa mereka perlu membawa sampah itu keluar, atau jika tidak saya akan belayar ke Kanada dan membuang sampah mereka di sana.

“Mari berlawan Kanada. Saya akan mengisytiharkan perang ke atas mereka,” kata presiden berkontroversi yang selalu menggunakan bahasa kasar ketika berucap tentang lawannya.

Sampah merupakan beberapa isu yang besar yang membawa kepada hubungan dingin di antara kedua-dua negara itu.

Dalam pada itu, Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau juga merupakan salah seorang pengkritik tegar kempen dadah brutal yang dilancarkan oleh Duterte sejak dilantik menjadi Presiden pada tahun 2016.

Menurut polis Filipina, hampir 5,000 individu yang disyaki menjadi pengguna dan pengedar dadah telah dibunuh.

Namun, kumpulan-kumpulan hak asasi manusia mendakwa bahawa angka sebenar adalah sekurang-kurangnya tiga kali ganda lebih banyak daripada jumlah di atas, dan menyifatkannya sebagai “jenayah kemanusiaan.”

Tahun lepas, Duterte dengan berang bertindak membatalkan kontrak tentera bernilai AS$235 juta (RM971.13) untuk membeli 16 buah helikopter tentera dari syarikat pengeluar yang berpangkalan di Kanada selepas kerajaan Trudeau mahu menyemak semula perjanjian tersebut kerana rekod buruk presiden itu dari segi hak asasi.

 

Sumber: Straits Times – AFP

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker