Ibu dan Anak

4 Langkah Untuk Mengetahui Kanak-Kanak Mengalami Gangguan Spektrum Autisme

Pada tahun 2013, Persatuan Psikiatri Amerika telah mengabungkan empat keadaan yang berhubung kait di antara satu sama lain iaitu gangguan autistik, gangguan disintegratif kanak-kanak, gangguan perkembangan yang meluas yang tidak spesifik dan sindrom Asperger di bawah satu payung diagnosis dipanggil Gangguan Spektrum Autisme (ASD).

“Kami perlu melihat kanak-kanak tersebut secara menyeluruh sebelum membuat keputusan,” kata pakar perkembangan kanak-kanak Dr Subhashini Jayanath.

Langkah-langkah Yang Diambil Untuk Mendiagnosis Kanak-kanak ASD

1. Melihat cara komunikasi sosial, cara berinteraksi, perhatian yang diambil dan tindak balasnya terhadap sesuatu.

2. Bahasa dan komunikasi bukan lisan juga akan diambil kira.

3. Kelakuan seperti melakukan sesuatu perkara secara berulang-ulang atau sangat sukar untuk melakukannya, keperluan untuk rutin dan tidak suka perubahan, tidak gemar bunyi yang kuat/bising atau sesuatu warna, tekstur dan makanan.

4. Menunjukkan kelakuan sensori seperti menjilat, membau sesutu atau memasukkannya ke dalam mulut.

Selalunya perkara-perkara di atas boleh diketahui pada usia dua tahun kerana kecuali terdapat beberapa kes yang agak tidak jelas.

Terdapat juga kajian pada masa kini yang mendapati ASD boleh dikesan pada bayi umur seawal 10 bulan.

Apa Yang Menyebabkan ASD?

Ia masih belum jelas tentang punca ASD tetapi terdapat komponen genetik yang berkaitan dengannya namun berapa banyak gen, pengaruh biologi dan keadaan sekeliling yang terkait dengan penyakit ini masih menjadi tanda tanya.

Corak pewarisan penyakit ini juga sangat kompleks dan tidak bermakna ibu atau bapa yang menghidap ASD bakal mendapat anak ASD walaupun risiko untuk mengalaminya adalah tinggi.

Tetapi jika ibubapa memiliki satu anak menghidap ASD, peratusan untuk mendapatkan seorang lagi anak memiliki ASD adalah tinggi kerana terdapat beberapa keluarga yang memiliki dua atau tiga kanak-kanak autistik.

 

Peningkatan ASD Di Malaysia

Di Malaysia buat masa ini terdapat 22,000 orang telah berdaftar sebagai ASD di bawah Jabatan Kebajikan Masyarakat.

Dalam masa tiga tahun kebelakangan ini pula terdapat peningkatan dari segi bilangan pesakit yang mendapat surat rujukan untuk ke Pusat Perubatan Universiti Malaya bagi mendapat diagnosis lanjut.

Menurut Dr Shubashini, sebelum ini mereka menerima empat pesakit dalam masa seminggu tetapi kini ia telah meningkat menjadi sepuluh pesakit.

“Klinik kami pada awalnya mendapat pesakit yang memiliki isu pembelajaran dan Down syndeomw tetapi kini 80% adalah berkemungkinan ASD,” kata Dr. Shubashini kepada TheStar.

Selain itu, adakalanya ibubapa melihat anak mereka pandai berinteraksi sebelum ini tetapi kemudiannya kualiti tersebut menurun. Ia juga tanda bahaya.

Oleh itu ibubapa dan guru perlu melihat apa perkembangan anak mereka dengan lebih teliti.

Merawat ASD

Mungkin ramai yang sudah tahu bahawa tiada ubat untuk merawat ASD tetapi terdapat rawatan yang boleh memperbaiki keadaan mereka.

Ini termasuk terapi ucapan, terapi kerja, rawatan intervensi awal dan aplikasi analisis tingkah laku (ABA).

Kebanyakan daripada terapi ini boleh didapati di hospital kerajaan.

1. Terapi ucapan

Terapi ucapan boleh membantu kanak-kanak autistik yang mengalami masalah pertuturan.
Contohnya mereka boleh bercakap tetapi mengulangi sesuatu perkataan dan sukar untuk mengungkapkan sebuah ayat yang penuh.

Bagi anak yang memang tidak boleh bercakap, terapi ucapan boleh memainkan peranan dengan membantu mereka menggunakan kad gambar untuk berkomunikasi.

2. Terapi kerja

Ini membantu kanak-kanak autistik dengan kemahian bersosial dan melakukan aktiviti seharian seperti makan, minum, memakai baju dan sebagainya.

Melalui terapi kerja ini juga kanak-kanak diajar untuk menulis.

3. Analisis Tingkah Laku (ABA)

Buat masa ini ABA tidak terdapat di hospital kerajaan kerana ia memakan kos yang tinggi. Jika ada pesakit yang mahu mengambil rawatan di klinik atau hospital swasta ia selalunya bermula dari RM1,000 sebulan.

Namun menurut Dr Subhashini, tidak semua pesakit memerlukan rawatan ABA dan beliau juga jarang menyarankannya kerana terdapat beberapa perkara yang ibubapa boleh melakukannya di rumah dan perkara ini adalah lebih penting.

Bagi Dr Subhashini, ibubapa boleh menghantar anak mereka ke pelbagai jenis terapi yang ada di luar sana tetapi apa yang paling penting ialah penglibatan ibubapa dalam setiap sesi tersebut.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker