Isu SemasaTempatan

Jatuh Cinta Atau Takut Berzina Bukan Alasan Untuk Lelaki Berpoligami!

Pendiriannya terhadap poligami adalah di antara sebab mengapa beliau dipilih sebagai 100 wanita yang berpengaruh dan berinspirasi di dunia oleh BBC tahun lalu.

Beliau merupakan satu-satunya orang Malaysia dan salah satu di antara 13 wanita Asia untuk memasuki senarai 100 wanita tersebut.

Nenney Shushaidah Shamsuddin, 42 tahun dilantik sebagai hakim mahkamah tinggi Syariah pada tahun 2016 yang mana ia juga telah menjadi titik sejarah dalam sistem kehakiman negara kerana beliau merupakan wanita kedua dilantik di mahkamah tinggi Shariah selain Nurul Huda Roslan di mana sebelum ini wanita hanya dilantik sehingga mahkamah rendah.

 

Mahu Melindungi Hak Wanita

Beliau terdorong untuk belajar undang-undang kerana keinginannya untuk melindungi para wanita.

“Sebagai seorang remaja, saya melihat keluarga disekeliling saya beretakan.. saya lihat banyak hubungan terkandas. Malah di TV, semua drama melayu memfokuskan isu rumah tangga. Saya boleh melihat bagaimana wanita sentiasa menjadi mangsa dan mahukan pertolongan. Oleh itu saya mahu menjadi orang yang boleh membela hak dan memperjuangkan hak mereka. Sebab itu saya mahu belajar tentang undang-undang,” ujar Nenney yang tinggal di Banting, Selangor.

 

Bukan Wanita Tetapi Seorang Hakim

Nenney berkata apabila beliau harus menjadi hakim, dia bukan lagi seorang wanita tetapi seorang hakim. Tugasnya yang perlu menghakimi dengan adil dan bijaksana berdasarkan fakta dan mendengarkan penjelasan kedua-dua pihak adalah penting untuk memberi keputusan yang adil dan tidak bias.

“Hanya kerana saya seorang wanita, ia juga tidak bermakna saya hanya akan berpihak kepada wanita. Saya akan melihat dari segi fakta dan undang-undang,” katanya dan memberi contoh tentang kes poligami.

 

Undang-undang Syariah Tidak ‘Bias’ Dan Memihak Kepada Kaum Lelaki Sahaja

“Sebagai wanita, poligami adalah sebuah subjek yang sukar untuk dihadapi. Tetapi Islam membenarkan kaum lelaki mengamalkan poligami dan saya sebagai seorang hakim perlu meletakkan perasaan saya ketepi dan melihat berdasarkan fakta kes sama ada lelaki tersebut patut diberikan kebenaran untuk berkahwin wanita lain atau tidak.

Ramai yang melihat fakta bahawa lelaki boleh berpoligami ini bermaksud undang-undang Syariah akan memihak kepada kaum lelaki tetapi undang-undang ini ketetapan sebelum seseorang boleh menjalani kehidupan berpoligami dan ketetapan ini adalah tidak mudah untuk disempurnakan.

Contohnya, seseorang lelaki perlu membuktikannya untuk membiayai dan memperlakukan setiap isterinya secara adil. Terdapat lelaki yang tidak mampu untuk bertanggungjawab dengan keluarga yang sedia ada tetapi mahu menambahkan beban tanggungjawab mereka – saya minta mereka pulang. Selain itu mereka juga perlu memiliki alasan yang kukuh jika mahu mengahwini wanita lain.

Seorang lelaki tidak boleh mendapatkan kebenaran untuk berkahwin lain hanya kerana dia jatuh cinta dengan wanita lain ataupun dia takut akan terjadinya zina. Bagi saya, alasan seperti ini adalah tidak boleh diterima.

Undang-undang yang termaktub wujud pada hari ini adalah untuk melindungi kebajikan dan hak wanita dan pada masa yang sama memastikan kaum lelaki menjalankan tanggungjawab mereka. Manakala ia adalah tugas saya untuk memastikan lelaki ini mematuhinya. Jika mereka tidak dapat melakukannya, saya tidak akan membenarkan perkahwinan keduanya terjadi. Saya sudah mengalaminya banyak kali,” kata Nenney kepada TheStar.

Nenney juga kata sebelum sebuah permohonan diluluskan, dia akan memastikan kaum hawa yang terlibat dalam poligami tersebut – isteri yang ada serta wanita yang bakal dikahwini bersetuju dengan tindakan suami mereka. Dengan itu, Nenney akan memastikan setiap pihak akan hadir di mahkamah sebelum beliau membuat keputusan.

“Para isteri ini kata mereka menerima tetapi dari riak wajah mereka, mereka tidak 100%”

“Adakalanya para isteri ini kata mereka menerima tetapi dari riak wajah mereka, mereka tidak 100% senang hati atau ikhlas dengan keadaan tersebut. Saya akan bertanya kepada mereka untuk jujur dengan saya. Malah adakalanya sang suami yang berada dalam mahkamah tersebut akan terlihat tenung dengan mata tajam pada isteri tetapi saya sendiri mahu mendengarnya dari pihak wanita. Jika mereka tidak gembira dengan cadangan yang diberikan, saya tidak akan meluluskan permohonan,” jelas Nenney.

 

Mengakui Tugasan Sukar Jika Melibatkan Kanak-kanak

Buat diri Nenney, tugasnya memang agak sukar apatah lagi ia melibatkan kanak-kanak dan ibubapa yang berebutkan hak penjagaan mereka.

“Mahkamah syariah ini bukanlah mahkamah jenayah. Kebanyakan kes yang saya dengar melibatkan keluarga dan orang yang hadir di hadapan saya selalunya adalah orang yang penuh emosi. Untuk mendapatkan fakta kes, saya perlu mendengar kata-kata mereka dan membaca riak wajah mereka. Adakalanya ia akan memakan masa sebelum saya mendapat fakta yang sebenar,” kata Nenney yang biasanya akan mendengar sebanyak 15 hingga 25 kes sehari.

 

Menyelitkan Nasihat & Mengajar Sedikit Tentang Undang-undang Di Dalam Mahkamah

Sebagai ibu kepada tiga orang anak, Nenney berkata dia akan menggunakan dewan mahkamahnya untuk memberi nasihat dan mengajar mereka yang hadir tentang undang-undang dan hak masing-masing.

Menurutnya ramai yang masih tidak tahu tentang hak mereka. Tidak kiralah ia melibatkan hak sebagai wanita, ibu atau isteri, mahupun hak harta, hak penjagaan atau hak berpoligami.

Oleh sebab itu, beliau menyarankan orang ramai untuk datang ke mahkamah dan dapatkan hak anda. Ia mungkin akan mengambil masa dan ianya tidak sukar tetapi ia bukanlah sesuatu yang membuang masa.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker