AntarabangsaIsu Semasa

Siapa Sebenarnya Dalang Serangan Bom Di Sri Lanka?

21 April 2019 menandakan peristiwa hitam di Sri Lanka berikutan insiden serangan bom yang menggegarkan beberapa lokasi di negara itu ketika sambutan perayaan Easter.

Kawasan-kawasan yang terkesan termasuk Gereja Kochikade, Gereja Katuwapitiya, Shangri-La Hotel, Cinnamon Grand Hotel, dan Gereja St Barnabas.

Serangan itu mengorbankan sekurang-kurangnya 290 orang mangsa manakala 500 lagi cedera.

Namun, terdapat satu persoalan masih tidak terjawab. Siapakah dalang di sebalik serangan ini?

Memetik laporan New York Times, setakat ini, masih tiada satu pun kumpulan pengganas yang mengaku bertangunggjawab melancarkan serangan berkenaan.

Pihak berkuasa juga belum berjaya mengenal pasti mana-mana kumpulan yang menjadi dalang, walaupun sudah menahan beberapa orang suspek yang dipercayai terlibat.

Tetapi pada masa yang sama, pihak berkuasa memberi tumpuan terhadap National Thowheeth Jama’ath, sebuah kumpulan yang tidak berapa dikenali yang dikatakan mempromosi ideologi pengganas.

Difahamkan, polis sudah pun memberi amaran kepada pihak berkuasa keselamatan tentang kemungkinan untuk berlaku serangan ke atas gereja-gereja di Sri Lanka oleh kumpulan tersebut, 10 hari sebelum kejadian.

Walau bagaimanapun, Perdana Menteri, Ranil Wickremesinghe berkata bahawa beliau dan pegawai-pegawai kanan kerajaan yang lain tidak dimaklumkan mengenai ancaman itu.

Selama ini, National Thowheeth Jama’ath hanya dikenali di Sri Lanka kerana melakukan vandalisme ke atas patung-patung Buddha.

Pada tahun 2016, setiausahanya, Abdul Razik, ditahan atas kesalahan mencetuskan perkauman.

Menurut Anne Speckhard, pengarah di International Centre for the Study of Violent Extremism, matlamat National Thowheeth Jama’ath bukan untuk memberontak, tetapi ia sebenarnya mahu menyebarkan pergerakan militan global ke Sri Lanka dan mencetuskan kebencian, ketakutan, serta memecahbelahkan masyarakat.

Tambah beliau, serangan bom pada Ahad yang menyasarkan golongan minoriti Romah Katolik di Sri Lanka dan tetamu-tetamu hotel adalah serupa dengan serangan yang dilancarkan di tempat lain oleh kumpulan-kumpulan militan besar.

Sumber: NY Times

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker