SukanTeknologi

PUBG MOBILE National Championship 2019 Kembali Dengan Hadiah Sehingga RM114,000

Kepada peminat PUBG MOBILE, Tencent Gaming telah mengumumkan pertandingan PUBG MOBILE Malaysia National Championship (PMNC) 2019 kali kedua.

Penerima memberangsangkan dan positif peminat PUBG terhadap pertandingan tahun lepas, kejuaraan kali ini dijangka lebih hebat dengan hadiah wang terkumpul sehingga RM114,000.

PMNC 2019 ini dianjurkan oleh Tencent, antara syarikat permainan video terbesar dunia dengan kerjasama Vivo dan Yoodo selaku penaja.

Tidak seperti tahun lepas, kali ini PMNC 2019 akan mengadakan pusingan kelayakan di 6 negeri berbanding 4 negeri sebelum ini.

Pasukan terbaik bagi setiap kelayakan negeri seterusnya akan bertanding di pentas akhir.

“Tahun ialah tahun yang mencabar buat PUBGM. Kami telah mencapai kejayaaan hebat dalam di kalangan peminat, permainan kali diminati ramai pemain dari Malaysia. Di samping itu, e-sukan mula memasuki pasaran Malaysia, kami berjaya menganjurkan PMNC pada 2018, kami melihat potensi yang besar, dan matlamat tahun ini adalah membawa PMNC lebih besar dengan liputan yang lebih luas” jelas wakil Tencent Games, Jenny Zhuang.

Beliau juga berharap dapat lebih berkomunikasi dengan pemain bagi memberikan permainan yang diminati pemain.

Selain itu, Tencent Games juga mengharapakan kerjasama dengan nama besar seperti Resident Evil 2 dapat menberikan pengalaman, peraturan, dan strategi baru yang boleh mendapat penerimaan positif pemain PUBG MOBILE.

PMNC 2019 kali ini akan menampilkan 6 pusingan kelayakan negeri iaitu Selangor, Kuala Lumpur, Pualang Pinang, Johor, Sarawak dan Sabah.

2 pasukan terbaik di dalam kelayakan negeri akan bertanding di pentas akhir bersama-sama 4 pasukan profesional, menjadikan ia 16 pasukan yang bertanding.

Pusingan kelayakan negeri Selangor: 27 April 2019 @ Sunway Lagoon, Selangor
Pusingan kelayakan negeri Sabah: 25 Mei 2019 @ Suria Sabah, Sabah
Pusingan kelayakan Kuala Lumpur: 01 Jun 2019 @ Sunway Velocity Mall, Kuala Lumpur
Pusingan kelayakan negeri Pulau Pinang: 15 Jun 2019 @ Hin Bus Depot, Pulau Pinang
Pusingan kelayakan negeri Johor: 22 Jun 2019 @ Paradigm Mall, Johor Bahru
Pusingan kelayakan negeri Sarawak : 29 Jun 2019 @ Emart Batu Kawa, Sarawak
Grand Finals: Akan diumumkan kelak

Pendaftaran pasukan sudah bermula pada 16 April lalu dan pemain boleh mendaftar di laman web rasmi PUBG MOBILE.

Untuk informasi lanjut dan maklumat terkini, anda boleh layari laman web rasmi mereka.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker