AntarabangsaIsu Semasa

Kapsul Crew Dragon SpaceX Alami Masalah Ketika Ujian Terakhir

Kapsul Crew Dragon syarikat pengangkutan angkasa lepas, SpaceX yang dimiliki oleh Elon Musk, mengalami masalah ketika menjalankan ujian enjin di Cape Canaveral Air Force Station di Florida pada Sabtu baru-baru ini.

“Ujian awal berjaya dilaksanakan, tetapi mengalami masalah di ujian akhir,” kata syarikat itu dalam satu kenyataan.

Difahamkan, isu tersebut pada asalnya dilaporkan oleh Floriday Today, yang menyatakan bahawa terdapat ‘asap berwarna oren’ yang dilihat di fasiliti SpaceX.

Walau bagaimanapun, tiada sebarang kecederaan dilaporkan.

SpaceX berkata, pasukan-pasukannya sedang menyiasat perkara ini dan bekerjasama rapat dengan Pentabiran Angkasa Lepas dan Aeronautik Kebangsaan (NASA).

“NASA telah dimaklumkan berhubung keputusan SpaceX Static Fire Test dan masalah yang berlaku ketika ujian akhir.

“Sebab itu kita menjalankan ujian. Kita akan belajar, membuat perubahan yang sewajarnya dan kemudian bergerak ke hadapan secara selamat dengan Commercial Crew Program kami,” kata, pentadbir NASA, Jim Bridenstine menerusi laman Twitter.

NASA telah menganugerahkan dana bernilai AS$6.8 bilion (RM28.1 bilion) kepada SpaceX dan Boeing Co untuk membina sistem roket dan kapsul bagi menghantar angkasawan ke orbit dari tanah Amerika.

Pada bulan Mac, Space X berjaya menyelesaikan misi menghantar kapsul tanpa manusia ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) dan kemudian kembali semula ke bumi dengan selamat.

Misi itu juga dilihat amat penting bagi pelan NASA untuk meneruskan penerbangan angkasa lepas manusia dari AS.

Sumber: The Star

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker