AntarabangsaIsu Semasa

China Akan Pamerkan Kapal-Kapal Perang “Baru”

China akan mempamerkan kapal-kapal perang barunya, termasuk kapal selam nuklear dan kapal pemusnah di perarakan yang bakal berlangsung pada minggu ini sempena sambutan ulang tahun ke-70 tentera laut di negara itu.

Pelan untuk memperbaharui dan menaik taraf aset-aset Tentera Pembebasan Rakyat (PLA) turut diawasi oleh Presiden Xi Jinping.

China membangunkan semua asetnya ketenteraannya dengan sendiri, daripada jet pejuang halimunan sehinggalah pengangkut pesawat ketika negara itu sedang meningkatkan lagi kehadirannya di Laut China Selatan dan di sekitar Taiwan.

Difahamkan, tentera laut menjadi benefisiari utama dalam rancangan pemodenan aset ketenteraan memandangkan China mahu melindungi laluan-laluan perdagangan serta rakyatnya yang berada di luar negara.

Bulan lepas, Beijing mendedahkan bahawa ia mahu meningkatkan perbelanjaan pertahanan sebanyak 7.5% pada tahun ini.

Mengulas tentang perarakan yang akan berlangsung pada Selasa ini, Tmbalan Komander Tentera Laut, Qiu Yanpeng berkata bahawa ia akan menampilkan sebanyak 32 kapal perang dan 39 pesawat.

“Kapal dan pesawat Tentera Laut PLA yang akan didedahkan adalah pengangkut pesawat Liaoning, kapal selam nuklear baru, kapal pemusnah baru, dan juga jet pejuang.

“Sesetengah kapal juga akan didedahkan buat julung kalinya,” kata Qiu.

Difahamkan, Liaoning merupakan pengangkut pesawat pertama milik China yang dibeli ‘second hand’ dari Ukraine pada tahun 1998, dan kemudian menjalani proses pembaharuan dan naik taraf di China.

Walau bagaimanapun, masih tiada kepastian sama ada pengangkut pesawat kedua yang dibangunkan dan dibina sepenuhnya di China, akan mengambil bahagian dalam perarakan itu atau tidak.

Selain daripada aset-aset tempatan, perarakan tersebut juga akan menampilkan kapal-kapal dari Rusia, Singapura, India, Thailand dan Vietnam; negara-negara tersebut juga kerap meluahkan bantahan terhadap aktiviti ketenteraan China di Laut China Selatan yang dipertikaikan.

Kali terakhir China terlibat dalam pertempuran kapal di Laut China Selatan adalah dengan Vietnam pada tahun 1974 dan 1988.

Walau bagaimanapun, ia dianggap sebagai ‘pertempuran kecil.’

Kapal perang China juga dilaporkan pernah menyertai rondaan antarabangsa anti-lanun di perairan Somalia sejak penghujung tahun 2008.

Sumber: Straits Times, CNBC

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker