AntarabangsaIsu Semasa

Kecanggihan Teknologi ‘Ancaman Besar’ Buat NATO?

Allied Command Transformation (ACT) merupakan salah satu pusat perintah strategik Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

ACT memberi tumpuan terhadap masa depan, di mana tugasnya adalah untuk membentuk tindak balas NATO terhadap perkembangan permintaan selaras dengan perubahan dunia.

Hal ini termasuk meramalkan masa depan dengan mengkaji trend global serta implikasi ketenteraan pada tahun-tahun yang akan datang.

Perkembangan pesat teknologi digital juga menyebabkan ACT mengubah cara kerjanya; memfokuskan proses daripada bawah ke atas, lebih terlibat dengan ‘rangkaian luar’, dan kesanggupan lebih tinggi untuk menerima risiko kegagalan.

Difahamkan, ACT telah mengendalikan lebih daripada 20 eksperimen ketika latihan ketenteraan NATO, Operation Trident Juncture pada tahun lepas.

Antara eksperimen mereka membabitkan teknologi Percetakan 3D (3D Printing), sistem sensor pintar yang boleh mengambil alih tugas manusia dalam melindungi tentera dan pangkalan, serta bagaimana kenderaan berautonomi boleh memperbaiki logistik di medan pertempuran dan mengurangkan penggunaan tenaga manusia.

Kuasa Barat pada suatu ketika dahulu menganggap bahawa ia boleh terus mengekalkan keunggulan dan kekuatan teknologinya.

Walau bagaimanapun, keadaan sudah berbeza pada zaman ini. Menurut Aspen Strategy Group, sebuah institut dasar yang berpangkalan di Washington D.C, Amerika Syarikat (AS) di dalam buku terbarunya berjudul “Technology and National Security: Maintaining America’s Edge”, bakal berlaku ‘era transformasi’ pada masa akan datang yang akan mengancam kedudukan AS sebagai kuasa tentera yang paling kuat di dunia.

Strategi Pertahanan Kebangsaan Pentagon yang diterbitkan pada tahun lepas juga mendapati bahawa terdapat pelbagai teknologi baru penting daripada sektor komersil (dan boleh diakses oleh pesaing-pesaing AS), berpotensi menggugat kedudukan AS.

Rusia telah menginovasikan strategi peperangan hibrid sehingga membawa kesan buruk terhadap Ukraine, dengan ‘mengaburkan’ garisan di antara keamanan dan peperangan.

China pula bercita-cita untuk menguasai teknologi kecerdasan buatan atau artificial intelligence (AI), data besar, dan pengkomputeran kuantum, di mana kesemua teknologi tersebut akan digunakan untuk tujuan ketenteraan.

Teknologi-teknologi seperti ini juga, sekiranya berada di tangan yang salah, dipercayai berpotensi untuk menjejaskan NATO dalam menyelesaikan krisis-krisis pada masa akan datang.

Dalam pada itu, NATO telah memberi tumpuan penuh terhadap pertahanan sibernya. Setakat ini, pertubuhan tersebut dilaporkan telah melakukan tugas yang cemerlang dalam melindungi dirinya daripada ancaman atau serangan siber.

Namun begitu, kebanyakan rangkaiannya yang lebih luas, termasuk komunikasi dan pangkalan-pangkalan tentera, dikatakan berada dalam keadaan ‘lebih terdedah’.

Difahamkan, NATO mempunyai sistem pertahanan siber yang kuat, tetapi masih belum memiliki keupayaan menyerang secara kolektif dalam bidang siber.

Menjelang penghujung tahun 2019, NATO dijangka akan mampu mula melaksanakan operasi-operasi siber, tetapi ia akan menjadi satu tugas yang penuh dengan cabaran.

Sumber: The Economist

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker