Bisnes & Ekonomi

Setelah Lumpuh, Beliau Bangkit Dengan Mendirikan Ladang Bandar Untuk Membantu OKU

Setelah ditimpa kemalangan pada tahun 2015 yang menyebabkan beliau kehilangan 30% penglihatan dan lumpuh dari aras pinggang, beliau sempat rasa ingin putus asa dan membunuh diri kerana kesakitan yang dialami.

Namun dengan adanya kasih sayang, sokongan dan dorongan dari orang sekeliling terutamanya isteri dan dua anak lelakinya, beliau telah menerima keadaan dirinya yang lumpuh.

Kecekalan dirinya ini juga telah menyebabkannya kembali ke bidang kepakaran yang sudah beliau berada selama dua dekad.

 

Aqua Hope Memberinya Peluang Kedua Untuk Hidup

Dr Billy Tang, 53 tahun telah kembali dalam bidang tanaman bandar bersama empat rakan sekolahnya lain yang membantunya membina syarikat bernama Aqua Hope – sebuah perniagaan sosial yang menghasilkan tumbuhan dari hidroponik dan akuaponik.

Keputusan untuk mendirikan syarikat ini juga telah menyebabkan dia memiliki makna untuk kembali hidup.

Dr. Tang yang memiliki pengalaman dalam pertanian dengan pengalaman dua dekad dalam kajian swasta telah membuatnya mahir dalam bidang pertanian bandar ini.

 

Pertanian Tanpa Tanah

Namun oleh disebabkan Tang lumpuh, dia tidak boleh melakukan cucuk tanam dengan menggunakan tanah. Oleh itu Tang dan pengasas-pengasas Aqua Hope memutuskan untuk meneruskan pertanian tanpa menggunakan tanah.

“Aqua Hope merupakan ladang bandar yang pertama menggunakan teknik tanpa tanah untuk menghasilkan produk organik yang tanpa menggunakan racun herba atau racun serangga,” kata Tang yang kini menjadi ikon ‘People With Disablities’ (PWD) di Karnival Kerjaya Selangor OKU pada November yang lalu.

“Perniagaan ini dilahirkan sebagai kajian dan pusat pembangunan latihan vokasional membabitkan orang kurang upaya. Kami bekerjasama dengan Central Luzon State University di Filipina yang mana ladang ini dijadikan projek pertama demonstrasi-menjadi-komersial urban PWD Ladang Pintar untuk membuka peluang pekerjaan dengan orang kurang upaya dan keluarga mereka,” kata Dr. Tang.

 

Bakal Menjadi Institusi Pendidikan

Rancangan masa depan ladang ini juga adalah untuk memberi pendidikan teknikal dengan memberi sijil termasuk diploma dalam kejuruteraan pertanian.

Aqua Hope kini menghasilkan 10,000 tumbuhan setiap bulan dalam ladang yang hanya berkeluasan 557 meter persegi. Mereka memiliki kemampuan untuk menanam 189 jenis tumbuhan pada setiap meter persegi termasuk 250 tumbuhan daripada Australia yang bernama Australian Jade Perch.

 

Peluang Pekerjaan Untuk Orang Kurang Bernasib Baik

Aqua Hope berharap pada masa hadapan ladang mereka boleh memberi peluang kerja kepada komuniti terutamanya orang yang kurang upaya, ibu tunggal dan pesara.

Ketika ini Aqua Hope memiliki empat pekerja kurang upaya yang bantu dalam penanaman dan penuaian tumbuhan bersama penjaga ladang.

Mereka juga memiliki rancangan untuk membina lebih ladang jika terdapat pelabur yang berminat. Ini juga akan membolehkan pengguna untuk mengetahui di mana dan bagaimana makanan mereka dihasilkan – tanpa racun serangga dan herba.

Salah satu perancangan ladang Aqua Hope juga mempunyai pelan untuk menyumbang sebahagian daripada hasil mereka ke rumah orang-orang tua dan juga anak yatim tempatan.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker