Isu SemasaSains

Saintis Tempatan Menemukan Tumbuhan Yang Mampu Merawat Darah Tinggi

Saintis Malaysia dari University of Nottingham Malaysia Campus telah menemukan sebuah kompaun semulajadi baharu dari sebuah pokok ara yang dikatakan mampu membantu dalam mengawal penyakit darah tinggi.

Dr Kuan Hon Lim dan pasukannya telah menemui kompaun semulajadi ini mampu mengurangkan tekanan darah di dalam tisu aorta jantung.

“Kajian utama dalam projek kajian ini ialah untuk mendapatkan molekul baharu bagi merawat penyakit darah tinggi dan kami telah menemukan kelas alkaloid dalam spesies pokok ara yang khusus,” kata Dr Lim kepada TheStar.

Bukti penemuan awal ini telah dijangka mampu memberi kesan ke atas 14% sehingga 16% pesakit penyakit darah tinggi. Ini adalah bersamaan 140 hingga 160 juta orang di dunia.

Buat masa ini tiada satu pun ubat yang boleh merawat keadaan ini.

 

Spesies Sukar Untuk Ditemui

Spesies yang sukar untuk ditemui ini telah diambil dari hutan di Semenanjung Malaysia. Lokasi tumbuhan ini adalah sangat penting kerana berkemungkinan komposisi kimia dalam tumbuhan dengan keadaan geografi yang lain adalah berbeza.

“Mencari spesies tumbuhan ini adalah sangat mencabar kerana ia selalunya berada di kawasan hutan tebal. Oleh itu kami menggunakan GPS untuk mengetahui lokasi tumbuhan tersebut supaya jika kami mahu mencarinya semula, ia boleh dilakukan,” jelas Dr Lim.

 

10kg Daun Pokok Ara Diperlukan Untuk Kajian

Untuk menangani isu kemampanan, pasukan pengkaji telah membina cara sintetik untuk membuat kompaun baharu dalam makmal kerana pada awal kajian ini mereka harus menggunakan 10kg daun pokok ara yang kering untuk menghasilkan kompaun yang secukupnya bagi ujian biologi mereka.

“Kami telah berjaya mensintesiskan kompaun baharu menggunakan makmal kami dan ia menunjukkan kesan yang sama dengan kompaun semulajadi tumbuhan tersebut,” kata Dr Lim.

 

Menemukan Kompaun Tiruan Sama Seperti Yang Asli

“Buat masa ini kami juga sedang menyiapkan molekul yang meniru struktur bioaktif kompaun baharu dengan perbezaan yang sangat sedikit. Ini bertujuan untuk mengetahui bahagian struktur molekul yang terbaik untuk aktivitibio dan pada akhirnya menemukan kompaun bersama aktiviti pengurangan tekanan darah,” tambah Dr Lim.

Dr Lim berkata dia dan rakan sekerjanya masih dalam tahap untuk memahami bagaimana kompaun dari semulajadi ini boleh memberi kesan biologi. Mereka berharap dengan ilmu dan pengetahuan yang ada mereka mampu menghasilkan ubat yang dapat membendung penyakit darah tinggi yang buat masa ini dialami oleh 100 bilion manusia di seluruh dunia.

Tags
Show More

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker