Isu SemasaTempatan

Perdana Menteri Akan Kembalikan F1 Ke Malaysia

Malaysia berhasrat mengembalikan semula perlumbaan Formula One (F1) kerana masih ramai yang meminati sukan itu, kata Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dr Mahathir, bagaimanapun tidak menyebut dengan tepat bila perlumbaan itu akan membuat kemunculan semula di negara ini.

“Kita berhasrat untuk membawa pulang Grand Prix ke Malaysia, tetapi saya tidak pasti sama ada tahun depan atau tahun berikutnya.

“Tetapi minat dalam Grand Prix masih sangat besar dan kami mahu membawa pulang perlumbaan di sini, kerana ia telah mendorong banyak rakyat Malaysia untuk masuk ke dalam industri automotif,” kata Dr Mahathir pada hari ini (18 April).

Beliau menambah bahawa ramai rakyat Malaysia telah menjadi “ketagih” kepada kenderaan bermotor dan membeli semua jenis kenderaan bermotor baru.

Dr Mahathir berkata walaupun tidak menganjurkan perlumbaan antarabangsa, Sepang masih lagi sibuk kerana masih ramai yang ke litar perlumbaan di sana.

“Ramai orang datang dan mereka adakan perlumbaan motosikal di sana. Dan ramai orang membeli kereta mahal terutama di Singapura.

“Di Singapura, mereka tidak mempunyai peluang untuk memandu di sana. Apabila mereka datang ke Malaysia, mereka akan berlumba di sana, “katanya.

Dr Mahathir juga merasakan bahawa dengan mengadakan mengembalikan semula Grand Prix, ramai penonton yang akan hadir.

“Kita akan dapat penonton, lebih daripada 100,000 orang dan itu akan berbaloi untuk kita.

“Selain itu, jika kita menganjurkan Grand Prix, stesen televisyen akan menyiarkannya di seluruh dunia, membawa kira-kira 200 juta penonton,” katanya sambil menambah bahawa ia adalah iklan yang baik untuk Malaysia.

Pada tahun 2017, bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan bahawa Malaysia akan berhenti menjadi tuan rumah F1, selepas kerajaan memutuskan untuk menamatkan kontrak penganjuran.

Najib kemudian berkata keputusan itu dibuat kerana penyusutan pulangan yang ketara sejak Malaysia mula menganjurkan acara itu untuk kali pertama pada tahun 1999.

Tags
Show More

Artikel Berkaitan.

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker